Uncategorized

‘Paan Paiz’ ~ Riuh Rendah Hidup 2 Sahabat Baik

TV3 dan Radius One Sdn Bhd yang pernah merangkul Anugerah Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2008 menerusi drama Mr Mama, sekali lagi bekerjasama dengan pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohameddin untuk menerbitkan drama komedi Paan Paiz yang bakal bersiaran 11 April 2012 setiap hari Rabu jam 10 malam

Drama bersiri 13 episod Paan Paiz membariskan para pelakon seperti Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad. Nukilan skrip oleh Shamsull Hashim yang sarat dengan elemen komedi mengisahkan 2 sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.

Sinopsis

Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Promosi ‘TAKE IT & GO 2’ Kembali!!! 3 CDs Hanya RM99….

Warner Music Malaysia sekali lagi memberi offer kepada para penggemar muzik dengan promosi TAKE IT & GO 2. Ia adalah susulan daripada TAKE IT & GO pada tahun lepas. Promosi ini akan berakhir pada 30 June 2012. 

Pada promosi ini, 3 CDs adalah berharga RM99 sahaja jika sebelum ini setiap CD berharga RM46.90. Dengan promosi ini maka setiap CD berharga RM33. Bagi mereka yang membeli 2 CD ia akan berharga RM68 dan 1 CD RM41.90. Ia masih lagi harga promosi yang benar-benar harga runtuh.

Jangan lepaskan peluang ini kerana ia memang benar-benar menjimatkan..

Album-albumnya ialah :

30 Seconds To Mars This Is War
Celtic Woman Songs From The Heart
Coldplay Viva La Vida (CD+DVD)
Corinne Bailey Rae The Sea
Creed Full Circle
David Guetta One More Love (2 CD)
Deep Purple Deepest Purple 30th Anniversary (CD+DVD)
Eliza Doolittle Eliza Doolittle
Gorillaz Plastic Beach
Gorillaz The Fall
Iron Maiden From Fear To Eternity – The Best Of
Iron Maiden The Final Frontier
Joss Stone Colour Me Free
Katy Perry Teenage Dream
Kylie Minogue Aphrodite
Lady Antebellum Need You Now
Lily Allen It’s Not Me, It’s You (CD+DVD)
Massive Attack Heligoland
Moby Destroyed (Deluxe Limited Edition)
Morrissey The Very Best Of (CD+DVD)
Norah Jones …Featuring
Norah Jones The Fall (2CD)
Pet Shop Boys The Most Incredible Thing (2CDs)
Robbie Williams In & Out Of Consciousness (2CD)
Roxette Charm School
Sarah Brightman Symphony Live In Vienna (CD+DVD)
Snoop Dogg Doggumentary
UB40 Reggae Love Songs
Adele 19
Adele 21 (SEA Version With 3 Bonus Tracks)
Avenged Sevenfold Nightmare
B.O.B/Present The Adventures Of Bobby Ray
Bruno Mars Doo-Wops & Hooligans
Cavalera Conspiracy Blunt Force Trauma
Cee Lo Green The Lady Killer
Charice Charice Repack
Christina Perri Lovestrong
Daniel Powter Best Of Me (CD+DVD)
Death Cap For Cutie Codes And Keys
Deftones Diamond Eyes
Disturbed Asylum
Eric Benet Lost In Time
Eric Clapton Clapton
Flo Rida Only One Flo Part 1
Foster & Friends Hit Man Returns (CD+DVD)
Goo Goo Dolls Something For The Rest Of Us
Green Day Awesome As **** (CD+DVD)
Greenday 21st Century Breakdown (CD+DVD)
Iyaz Replay (International Version)
James Blunt Some Kind Of Trouble
Jason Derulo Jason Derulo
Jason Mraz We Sing, We Dance, We Steal Thing (2CD+DVD)
Jay Z Blueprint 3
Jeff Beck Rock & Roll Party (Honoring Les Paul)
Josh Groban Illumination
Katherin Jenkins Believe
Linkin Park A Thousand Sun + (CD+DVD)
Lupe Fiasco Lasers
Lykke Li Wounded Rhymes
Megadeth Endgame
Michael Buble Crazy Love Hollywood Edition (2CD)
Michael Buble Meets Madison Square Garden (CD+DVD)
Muse The Resistance (CD+DVD)
My Chemical Romance Danger Days
Panic! At The Disco Vices & Virtues
Paolo Nutini Live At The Eden Project
Paramore Brand New Eyes
Patrizio Buanne Patrizio
Phil Collins Going Back (CD+DVD)
Queensryche Dedicated To Choas Special Edition
R.E.M Collapse Into Now
Radiohead King Of Limbs
Renee Olstead Skylark
Rumer Seasons Of My Soul
Seal 6:Commitment
Secondhand Serenade Hear Me Now
Simple Plan Get Your Heart On
Steve Miller Band Let Your Hair Down Special Edition
Stevie Nicks In Your Dreams
Suede The Best Of Suede (SEA) (2CD+DVD)
Toni Braxton Pulse
Travie McCoy Lazarus
Various Artists Magic Of David Foster
Various Artists Step Up 3D (OST)
Various Artists Transformers – Dark Of The Moon
Various Artists You’re The Inspiration (CD+DVD)

Tiga Selebriti Popular Indonesia Murtad?

Salah seorang daripadanya, Pinkan Ratnasari Mambo aka Pinkan Mambo yang popular dengan lagu Kekasih Yang Tak Dianggap. Khabarnya, Pinkan sebelum ini sudah dua kali menukar agama. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu meskipun buat masa ini dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja. Namun dia mengesahkan bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Artis kedua pula adalah pelakon-pengacara yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta, Rianti Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Seterusnya selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Nadia Mustafar Disamun, RM20,000 Lesap!

Pelakon Nadia Mustafar, 35, mengalami kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

Akhbar tabloid Harian Metro hari ini melaporkan, dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nadia berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong.Namun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya.

LMFAO Bakal Tiba Di KLIA Pada 8 April 2012

Dianggarkan 15,000 peminat LMFAO bakal membanjiri Surf Beach,Sunway Lagoon pada 9 April 2012 ini untuk menyaksikan ‘LMFAO Live In Malaysia 2012’. Berita yang terbaru diterima ialah LMFAO bakal tiba di KLIA pada Ahad 8 April jam 9.55 malam dengan penerbangan Korea Airlines. 

Seperti anda sedia maklum, Sky Blu tidak dapat menghadirkan diri ke konsert jelajah Asia kerana masih berusaha untuk pulih dari masalah sakit belakang yang dialaminya.

Tiket-tiket dari harga RM138(Chill Out Zone),RM198(Party Zone),RM298(Samsung Zone) dan RM398 (JS VIP Zone).Ia juga boleh didapati di www.ticketpro.com.my dan outlet-outlet seperti Victoria Music,The Guitar Store dan Rock Corner atau Hotline 03-7880 7999.

Pelakon-Pengacara TV Pijak Muka & Tendang Pengujung Kelab Malam

Kalau disebut namanya, selebriti ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang garang. ‘Segarang bunyi’ superbikenya sehingga terbawa-bawa perangai samsengnya ke sebuah kelab malam.

Alkisah, selebriti yang juga seorang pengacara bagi sebuah program hiburan sensasi setiap hujung minggu ni terlibat secara langsung dengan insiden gaduh bersama seorang pengunjung wanita pada hari Sabtu lalu.

Menurut sumber, kisahnya bermula apabila pengujung wanita itu pergi ke sebuah kelab malam bagi meraikan majlis hari jadinya bersama rakan-rakan. Di sebabkan terlampau seronok menyaksikan sebuah persembahan live band ketika itu, dalam pada tidak sengaja dia telah terlanggar si pengacara ni yang kebetulan berada di atas dance floor yang sama. Bagaimanapun, wanita itu di katakan telah pun meminta maaf.

Menurut sumber, pengacara berusia 28 tahun itu hadir ke kelab bersama rakan-rakan superbikenya. Nak jadikan cerita, si pengacara yang di dakwa sedang mabuk itu tadi telah mengadu kepada salah seorang rakan superbikenya.

Apa lagi, si jantan yang dikatakan bertubuh sasa itupun mula naik berang lantas ‘menghadiahkan’ sebiji penumbuk tepat di muka wanita itu. Akibatnya, mangsa terpelanting jatuh di atas lantai. Kemudian, pengacara itu bertindak lebih agresif dengan memijak dibahagian muka dan menendang tubuh mangsa.

Difahamkan, sebuah laporan polis telah dibuat dan mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, telah dirawat oleh hospital Ampang (HA).

Foto ~ Sekadar hiasan

Lagu ‘Bawaku Pergi’ Diharamkan Oleh Kerajaan ~ Kenyataan Media Dari Malique

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga‘. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh‘. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari Kerajaan Malaysia yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique

Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

Web: www.qarmamusiq.com

Menangi 10 Pas Berkembar & Barangan Eksklusif ‘Jidin Sengal’

Setelah filem Suatu Malam Kubur Berasap berjaya di pawagam pada tahun lepas, Outloud Studios tampil dengan filem terbaru iaitu ‘ Jidin Sengal’. Kali ini ia diarah oleh Nur Esmi Zahara Yusof. Diantara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Angah dan Along Raja Lawak, Jue Aziz, Faezah Elai dan juga Zack Diamond.

Sinopsis

JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti. Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”.

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Jawab soalan-soalan di bawah:

10x Tiket Berkembar & T-Shirt ‘Jidin Sengal’

10x Poster Jidin Sengal

Soalan 1 :  Berikan 2 nama pelakon utama filem Jidin Sengal?

Soalan 2 : Namakan pengarah yang filem ini?

Soalan 3 : Siapakah yang memegang watak Bob Dobot ?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

*Penyertaan tanpa details yang penuh tidak akan diterima.

* Sila letak tajuk email Contest “Jidin Sengal”.

Tarikh tutup penyertaan: 5 April 2012