Cinta Siapa Yang Bertakhta Di Hati Soffiya?

 

[media-credit name=”Pelakon SOFFIYA” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit] 

Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.

Begitulah kitaran nasib si gadis malang Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru selepas berakhirnya drama bersiri “KASIH ALIA” di slot Akasia TV3. Turut dijayakan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan, drama bersiri SOFFIYA bakal bersiaran bermula 21 September 2011 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam di TV3.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh.

Kini, anda juga boleh menonton siaran TV3 menerusi saluran Astro 103 atau layari laman sesawang www.tonton.com.my

Rujukan dari Siaran Media TV3 oleh Jabatan Komunikasi Korporat TV3.


[nggallery id=13]

Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …