Cipta Trek Unik Dalam Cabaran Muzik Remix Twisties Traxxobeats

Sekali lagi, snek kegemaran ramai rakyat Malaysia, Twisties, membawa kelainan hebat kepada senario muzik tempatan! Twisties “Traxxobeats”, pertandingan yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan orang ramai peluang menarik untuk mencipta muzik melalui platform unik, iaitu aplikasi Twisties “Traxxobeats”. Ia menyusuli kejayaan pelancaran Twisties Superstarz X yang turut mencungkil bakat belia muda yang hebat dan luar biasa.

Twisties Malaysia yang memang dikenali dengan inisiatif “Berani, Luar biasa dan Tidak Boleh Dijangkakan” telah mengejutkan para peminatnya dengan satu lagi usaha hebat buat pertama kalinya dalam bentuk Traxxobeats. Orang ramai berpeluang untuk  mencipta trek muzik elektronik tersendiri mereka dalam aplikasi Traxxobeats yang menawarkan pelbagai rentak menarik yang mengikut bunyi bermacam-macam alat muzik. Di samping itu, Twisties Malaysia turut memperkenalkan satu kelainan yang tidak dijangka, di mana para peserta berpeluang untuk berkongsi cerita lucu mereka tersendiri dengan ciptaan trek untuk iklan televisyen senyap yang menggambarkan “Cat on the Fly”.

Konsep perintis yang menyeronokkan ini tidak pernah dilaksanakan sebelumnya dan iklan televisyen senyap kini ditayangkan di televisyen kebangsaan untuk tatapan penonton Malaysia.

“Usaha ini dijalankan buat pertama kalinya di dalam sejarah Twisties Malaysia dan kami teruja menantikan jenis-jenis penyertaan kreatif dan lucu yang bakal dihantar oleh orang ramai kelak. Kami mencari rakyat Malaysia yang berbakat serta gemar mencipta rentap muzik lucu dan ia harus seiring dengan sikap berani, luar biasa dan tidak boleh dijangkakan yang mampu mengejutkan kami dengan ciptaan muzik mereka,” kata Kieren Lim, Pengurus Kanan Jenama Twisties Malaysia.

Twisties Malaysia bekerjasama dengan beat-mixer negara yang gila-gila juga, iaitu DJ Goldfish yang akan berkongsi kepakaran beliau sebagai Jurulatih Traxxobeats. Beliau dikenali sebagai deejay yang menyuntik keseronokan dengan pendekatan kreatif dalam muzik beliau. Artis dinamik yang terkenal dalam industri muzik, Alvin Teoh yang terkenal dengan nama panggilan DJ Goldfish memiliki pencapaian muzik yang berpelbagai, termasuk persembahan di Zouk Club KL. Beliau juga menyemarakkan orang ramai dengan keseronokan di Heinekan Thirst 2013 di Sepang dan telah membuat persembahan penutup bagi DJ nombor satu dunia David Guetta pada tahun 2012.

Keinginan untuk menjadi deejay muncul dalam diri DJ Goldfish setelah mendapat inspirasi dari menonton seorang kanak-kanak memainkan alat yang menghasilkan muzik remix. Beliau, yang turut bersama-sama memiliki Goldsounds DJ Division, menawarkan latihan mencampur muzik untuk para individu yang berminat mencipta rentak-rentak muzik berlainan. DJ Goldfish juga berkeinginan untuk memajukan dan mengembangkan bakat mereka lebih jauh lagi.

“Saya terus merebut peluang untuk menjadi sebahagian dari kempen Twisties Traxxobeats kerana ia menyediakan platform berharga untuk pencinta beat-mixing yang mahu mengekspresi minat mendalam mereka untuk bentuk muzik istimewa ini. Saya sendiri percaya akan inisiatif memupuk dan mengembangkan bakat muzik tempatan, dan ia adalah sebahagian besar dari kerja-kerja yang kami lakukan di Goldsounds DJ Division.  Ini semestinya satu peluang yang hebat dan saya teruja menantikan penyertaan para peserta yang mengagumkan dan luar biasa. Nasihat saya kepada kesemua peserta; semoga mereka akan berseronok, biarkan daya kreativiti mereka mengalir dan di samping itu,berikan usaha terbaik mereka!” kata Alvin Teoh yang turut dikenali sebagai DJ Goldfish.

Bersama-sama beliau dalam menyokong inisiatif Twisties Traxxobeats adalah nama-nama besar dan berpengaruh dalam industri muzik tempatan seperti Altimet (rapper yang pernah memenangi anugerah dan produser muzik), Darren Ashley (artis elektronik-pop yang kian meningkat), Samuel Oh (dari kumpulan muzik BUSCO) dan Joey Tong (pemenang Twisties Superstarz X 2013).

Sama ada anda suka mencipta rentak muzik atau hanya ingin mencuba aplikasi hebat Traxxobeats, anda boleh menyertai pertandingan ini dengan megunjungi laman web www.Twisties.com.my. Anda hanya perlu klik butang “Start” pada halaman utama, mencampurkan dan mencipta trek tersendiri dengan menekan setiap butang yang memberikan bunyian berbeza. Rakamkan trek anda dengan menekan butang “Record”, dan hantarkan terus dengan menekan butang “Submit”. Jangan lupa untuk berkongsi trek anda melalui Facebook dan mintalah rakan-rakan anda dan saudara-mara untuk mengundi trek anda. Pertandingan ini bermula pada 30 Julai dan berakhir pada 31 Ogos 2013.

Pemenang Twisties Traxxobeats akan memenangi peluang merakamkan trek kemenangan mereka di studio rakaman profesional dengan maklumbalas dan bimbingan dari DJ Goldfish. Trek yang dirakam semula akan disiarkan di iklan TV nasional “Cat on the Fly” di semua saluran Malaysia dengan nama pemenang dipaparkan sebagai tajuk utama.

Bagi merebut peluang kemasyhuran atau untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Twisties Traxxobeats, sila kunjungi laman web www.Twisties.com.my

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *