Setelah dua musim bersiaran, program keagamaan yang ingin memartabatkan status pendakwah Da’i- Pendakwah Milenia kini kembali bagi musim ke-3. Program yang ingin memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini akan memulakan pencarian pendakwah muda dalam uji bakat Da’i musim ketiga yang akan bermula pada 28 Mac hingga 24 April 2015 ini. Da’i musim ke-3 akan menjelajah ke 8 buah lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, orang awam yang berminat untuk menjadi peserta Da’i musim ke-3 ini, bolehlah menghadirkan diri ke sesi uji bakat yang akan diadakan di lokasi berikut pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang:
Tarikh | Lokasi |
28 & 29 Mac 2015 | Sri Pentas
Persiaran Bandar Utama |
5 & 6 April 2015 | Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Gong Badak, Kuala Terengganu |
8 & 9 April 2015 | Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan |
11 & 12 April 2015 | Kolej Universiti INSANIAH
Kuala Ketil, Kedah |
14 & 15 April 2015 | Masjid Sultan Idris Syah II
Ipoh, Perak |
17 & 18 April 2015 | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor |
20 & 21 April 2015 | Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan |
23 & 24 April 2015 | Kompleks Islam
Johor Bahru, Johor |
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Pelajar/berpendidikan
- Lelaki & perempuan berusia 20-30 tahun
- Aktif dalam aktiviti pendidikan, beruniform & kemasyarakatan
- Petah berhujah di khalayak ramai
- Berpakaian kemas & profesional
- Bawa bersama salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport
Para peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mereka yang berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu bonus. Serlahkan bakat dan kongsikan Ilmu yang anda miliki kerana Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari, dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk dimaanfaatkan oleh orang lain.
salam. bila ujibakat dai musim ke 4? tlg pm.