David Archuleta Kembali Menawan Kuala Lumpur

Permintaan daripada peminat melalui laman sesawang ‘Facebook : Sony Music Malaysia’ untuk membawa David Archuleta kembali beraksi di Malaysia akhirnya terjawab. Beliau akan mengadakan konsert sepenuhnya pada hari ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur anjuran Sony Music Entertainment Malaysia. Beliau tiba di Kuala Lumpur menerusi pesawat Vietnam Airlines dari Ho Chi Minh, Vietnam kelmarin. Beliau juga akan membuat penampilan di Fahrenheit 88, Bukit Bintang ketika sesi bertemu peminat untuk menandatangani tiket-tiket konsert untuk menyaksikan David Archuleta Live in Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM300 untuk tempat duduk VIP, RM230 dan RM190 untuk tempat duduk bernombor, dan RM150 dan RM90 unutk tempat duduk bebas telah mula dijual sejak 20 Jun 2011 yang lalu. Tiket-tiket boleh didapati melalui Ticket Charge (www.ticketcharge.com.my) ¬†dan AirAsia RedTix (www.AirAsiaRedTix.com). Tempat duduk istimewa VVIP turut dijual dengan harga RM500 dan RM800 buat peminat David Archuleta. Peminat bertuah yang membeli tempat duduk VVIP bukan sahaja memperolehi pandangan yang baik ketika konsert tetapi turut menerima T-Shirt, foto David Archuleta yang telah ditandatangan, poster dan album “Asian Tour Edition : The Other Side of Down” serta jemputan khas ke “Sound Check Party bersama David Archuleta”.

Pengarah Urusan Sony Music Entertaiment Malaysia, Encik Adrian Lim berkata ketika sidang media, konsert kali ini merupakan konsert yang pertama buat David Archuleta di Kuala Lumpur khususnya Malaysia. Konsert ini juga merupakan konsert pertama Sony Music Entertainment Malaysia bertindak selaku penganjur utama bersama penaja-penaja lain. Keistimewaan ini memberi kemudahan kepada para peminat David Archuleta untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.

Nak tahu apa yang best tentang David Archuleta? Dapatkan tiket untuk menyaksikan konsert David Archuleta Live in Kuala Lumpur!

Check Also

MASING MASING VERSI TRADISIONAL,ERNIE ZAKRI DI KELAS TERSENDIRI

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam …