Dengan sekali lafaz Zamani Slam sah bernikah dengan Nur Juliana

Dengan sekali lafaz, Zamani bin Ibrahim atau Zamani telah selamat menamatkan zaman bujang beliau dengan Nur Juliana binti Abdul Rani.
Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan itu telah berlangsung di Ampang Kuala Lumpur, dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 bersama hantaran perkahwinan 7 berbalas 9.
Pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.
Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *