Destinasi Bajet Musim Ke-4 Lebih Banyak Percutian Ekonomi

Logo Destinasi BajetRehat, rawat dan rileks! Itu antara kebanyakan idea percutian pendek buat mereka yang memiliki gaya hidup yang sibuk. Percutian juga mampu memberikan anda idea-idea baru selain mengurangkan tekanan dari tempat kerja. Namun halangan utama di dalam menunaikan impian percutian anda pastinya dalam menentukan bajet mengikut kemampuan sendiri. Namun itu bukan lagi satu masalah kerana rancangan log pengembaraan Destinasi Bajet yang kini memasuki musim ke-4 bakal memberikan anda tips tentang bagaimana anda boleh mendapatkan percutian yang bermakna walaupun dengan bajet yang rendah.

Diana Rusdi
Diana Rusdi

Bersiaran sejak 11 Mac lalu, jenama Destinasi Bajet tetap utuh dengan memberikan pelbagai tips tentang bagaimana para penonton boleh menikmati percutian idaman mereka dengan bajet yang berpatutan. Rancangan log pengembaraan setiap hari Selasa jam 9.00 malam di ntv7 itu mengekalkan tiga pengacara sama sejak musim ketiga – Qi Razali, Razif Hashim dan Diana Rusdi – bakal membawa para penonton menjelajah di dalam dan di luar negara. Mengambil tugas mengacara bersilih ganti untuk setiap episod, kali ini mereka akan ke Singapura, Jakarta, Surabaya, Macau, Hong Kong, Chiang Rai dan banyak lagi.

Qi & Razif
Qi & Razif

“Semua orang memang gemarkan percutian namun bagaimana anda menghabiskan percutian itu juga suatu yang penting. Perancangan yang baik bakal membuahkan percutian yang lebih bermakna. Menerusi rancangan Destinasi Bajet, kami berharap kami dapat memberikan idea kepada para penonton untuk bagaimana menghabiskan masa percutian mereka dan apakah tempat yang harus dilawati mereka di setiap destinasi pilihan,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Saksikan Qi Razali serta rakan pengacaranya – Razif Hashim dan Diana Rusdi di ntv7, setiap hari Selasa, jam 9.00 malam untuk mendapatkan tips percutian yang bakal membawa anda ke destinasi pilihan dengan bajet yang ekonomi. Serta ulangannya setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *