D’Hask Cuba Mencipta Nama Di Malaysia

Terima kasih kepada Sam Kassim Events and Communications kerana memperkenalkan kepada saya sebuah kumpulan muzik dari Brunai. Kumpulan tersebut diberi nama D’Hask yang dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu K-Roll sebagai penyanyi utama dan juga pemain gitar, Daus dan Reme yang juga bermain gitar, Syarif bermain keyboard dan Luffy bermain drum. Mereka bernaung dibawah syarikat Madre Records.

Bermula pada tahun 1999 sebagai kumpulan underground, kini D’Hask merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang terkenal di Brunai dan juga di Malaysia. Kumpulan ini juga telah dicalonkan untuk kategori Best Life Act di dalam Malaysian VIMA (Voice Independent Music Award) 2010.

Dua buah lagu D’Hask yang diberi perhatian ialah Kamu Adalah Mimpi Burukku dan Ditempatku. Apa yang mengejutkan kedua-dua video klip ini menampilkan artis hollywood terkenal. Kamu Adalah Mimpi Burukku menampilkan Pamela Anderson manakala klip lagu Di Tempatku pula menampilkan Marilyn Manson, Bai Ling dan Jojo.

Selaku pengarah Madre Records, Datuk Ramli MS mengakui kos pembikinan klip video tersebut adalah tinggi namun ianya merupakan aspek promosi yang diberi keutamaan oleh rakan sekerjanya di London. Beliau menjelaskannya dalam Majlis Suai Kenal bersama D’Hank di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 20 April 2011.

D’Hask sedia memperuntukan lebih banyak masa di Malaysia untuk promosi dan bersama dengan peminat. Album mereka akan dipasarkan oleh Sony Music.

 

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *