DJI Lancar Gedung Premium Pertama di Malaysia

DJI, pemimpin global dalam pembangunan dan pembuatan dron awam dan teknologi pengimejan udara untuk kegunaan peribadi dan profesional, telah melancarkan Gedung Pengalaman Premium DJI pertama di Malaysia di Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.

Terletak secara strategik di Lot 5.24.01, Pavilion Kuala Lumpur, kemudahan (seluas kira-kira 1,662 meter persegi) ini menawarkan pelbagai peranti pemenang anugerah dan juga produk elektronik pelopor industri. Sebagai gedung runcit rasmi DJI, reka bentuk dalamannya sama dengan yang digunakan di semua pusat runcit antarabangsa DJI untuk menjanjikan pengalaman yang menarik dan menyenangkan pelanggan dan pengunjung.

Gedung serba baharu ini mengetengahkan rangkaian produk yang luas untuk peragaan dan jualan, termasuk produk terkini seperti DJI Mavic 3, DJI Action 2, DJI Air 2S dan DJI FPV untuk membolehkan semua pengunjung menikmati ciri-ciri inovatifnya. Platform peranti udara dan produk pegangan tangan lain yang ditawarkan termasuk DJI Pocket 2, DJI OM 4 SE, dan DJI OM 5

Selain itu, ahli sinematografi profesional dan pengusaha perniagaan boleh meninjau rangkaian gimbal kamera tiga paksi pegangan tangan DJI RS 2 and DJI RSC 2 yang serba canggih dengan reka bentuk yang diperhalusi di gedung ini.

“Kami teruja untuk menawarkan produk pemenang anugerah DJI yang direka cipta untuk memenuhi keperluan individu yang berani, kreatif dan berjiwa kembara di Malaysia, menerusi DJI Experience Store Premium,” kata Johnny Liao, Pengurus Besar Azure Telecommunication Sdn Bhd.

“Para pelanggan boleh mengunjungi gedung kami dan berbual dengan pakar-pakar jenama kami yang sedia untuk membincangkan segala kemungkinan dan kelebihan teknologi dalam hidup anda, sama ada untuk beriadah atau bekerja,” tambah Johnny.

Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran pada hari Ahad, 28 November 2021, DJI akan menawarkan promosi berikut kepada 50 pelanggan pertama:

– DJI Tello: RM399 (Harga asal RM499)

– DJI OM4: RM379 (Harga asal RM459)

– DJI Mini SE: RM1,199 (Harga asal RM1,349)

– DJI FPV Combo: RM4,299 (Harga asal RM5,299)

– DJI Mavic 3 + Beg: RM9,999

Di samping langkah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi buat pertama kali menerusi gedung konsep premium ini, DJI akan memperkenalkan rangkaian produk baharu yang dirancang untuk tahun depan, dan beberapa Gedung Pengalaman Premium DJI yang lain akan menyusul, termasuk sebuah Pusat Servis DJI rasmi pertama jenama bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan.

 

 

Check Also

Xiaomi today revealed its latest Xiaomi 13T Series smartphones, designed and engineered for customers worldwide who are ready to unleash their visual artistry

Co-engineered with Leica and incorporated its iconic features, Xiaomi 13T Series delivers Authentic Leica Imagery …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *