Drama Turki “BITTER SWEET” Sentuh Emosi Penonton TV2

Slot Lavender on 2 di TV2 pastinya antara slot yang dinantikan semua penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana banyak menyiarkan drama bersiri terbaik luar negara. Terbaharu slot ini tampil dengan program drama bersiri Turki dengan tajuk “Bitter Sweet” yang telah pun mula bersiaran sejak 3 Januari lalu dan menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 1.30 petang di TV2.

Membariskan pelakon Fikret Bekler, Elif Ozsut, Aysen Günsu Teker, Kerim Ceylan dan Zeynep Arslanpay, siri arahan Cagri Bayrak ini menerokai maksud sebuah keluarga dalam erti kata keluarga yang sebenar. Siri Turki popular ini membawakan persoalan dan jawapan tentang kekeluargaan tentang darah dan genetik, pengalaman yang dikongsi, juga perkongsian kisah cinta sejati.

Perjalanan ceritanya mengangkat kisah tentang watak utama pemuda bernama Ferit Aslan adalah ahli perniagaan yang bijak dan berjaya. Pakej sisi dirinya juga dilengkapkan dengan kelebihan sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin dalam semua bidang kehidupannya daripada pekerjaan, kecergasan, kesihatan. Dia juga sangat tegas dalam hal keluarga dan juga pekerjanya.

Sementara itu, Nazli Pinar pula merupakan pelajar bidang kulinari yang diupah sebagai tukang masak peribadi Ferit dan mesti menangani keperluan dan peraturan khusus beliau untuk menyediakan makanannya. Nazli seorang yang suka berterus terang, berdikari dan berjiwa bebas. Nazli pada mulanya kerap bertelagah dengan Ferit, tetapi kedua-duanya secara beransur-ansur membentuk persahabatan dan menjalin hubungan yang baik.

Apabila satu tragedi melanda dimana Ferit mesti bertanggungjawab ke atas anak saudaranya yang masih kecil, Bulut, Ferit dan Nazli (yang telah menjadi sangat rapat dengan kanak-kanak itu) bersetuju untuk terlibat dalam hubungan rekaan untuk membantu peluangnya mendapatkan hak penjagaan Bulut. Situasi itu jadi rumit dalam persaingan hak penjagaan dengan Makcik Bulut, Demet juga berkeras mahu menjadi penjaga Bulut.

Keadaan menjadi semakin mencabar apabila abang ipar pemuzik Ferit, Deniz, jatuh cinta dengan Nazli dan Demet cuba menggunakan ini untuk menjadikan Deniz menentang Ferit. Ferit dapat merasakan dirinya cemburukan Deniz yang terus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Nazli.

Di situ bermulalah hubungan tarik tali antara Ferit dan Nazli yang hakikatnya tidak dapat menolak rasa cinta antara satu sama lain. Namun antara Ferit atau Deniz, siapakah yang menjadi pilihan sebenar Nazli? Adakah Nazli menghargai kesungguhan Deniz untuk mendapatkannya atau pun dia terus berusaha membantu Ferit supaya berterus-terang rasa cinta terhadapnya? Ikuti kesudahan siri kekeluargaan ini di TV2.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *