Edisi Musim Panas Oleh dressingpaula

dp_0632

dressingpaula baru sahaja melancarakan Edisi Musim Panas, sambungan kepada koleksi Musim Bunga/Panas 2014 yang telah dilancarkan awal tahun ini.

Edisi Musim Panas ini memperkukuhkan lagi gaya dan dinamik yang ditampilkan, dengan pengenalan kepada keremajaan dan kepolosan cetakan floral yang dipancarkan daripada busana seorang wanita.

Koleksi terkini ini menampilkan cetakan floral cantik, renda dan blaus jarang serta gaun mini yang direka dengan warna-warni serta efek lapisan digital.

dp_0023

Warna-warna di dalam koleksi terbaru ini boleh dihuraikan kepada tema lembut dan girly. Ia terdiri daripada biru cair, buih ombak, putih, coral, raspberi dan ungu cair. Peminat jenama ini boleh menjangka untuk melihat banyak mainan renda, kaitan bertekstur dan jahitan tepi kontra yang dipadankan dengan rona gula-gula kapas untuk gaya lembut dan polos.

Bercakap tentang Edisi Musim Panas 2014, Tan Ai Lee, Ketua Pemasaran untuk dressingpaula, berkata “cetakan floral dari dulu lagi sentiasa buat wanita rasa lebih elegean dan anggun, sejajar dengan jenama kami. Jadi kami teruja dengan koleksi terbaru ini.”

dp_0164

Koleksi Musim Bunga/Panas 2014 mempersembahkan pakaian berinsipirasikan pakaian sukan-mewah yang menampilkan kemeja pendek, skirt berlisu, jaket tweed, skirt panjang  bercetak, skirt panjang berlisu, jaket bercetak dan kemeja jarang dengan sentuhan gaya suka anggun.

Menyampaikan janji “wanita sebelum pakaiandressingpaula menawarkan kepada pemakainya kebebasan dan tenaga dengan fabriknya yang selesa dipakai.

 

Check Also

FORUM PERNIAGAAN DAN EKSPOSISI UGANDA 2025 DI KUALA LUMPUR BERAKHIR DENGAN SORAKAN KERJASAMA STRATEGIK

KUALA LUMPUR, 25 April 2025 – Forum Perniagaan dan Ekspo Uganda Pearl of Africa 2025 …

PERIKATAN STRATEGIK ANTARA MALAYSIA DAN JEPUN MEMPERKASA INDUSTRI KREATIF SERANTAU

Tokyo, 22 April 2025 – Satu detik bersejarah telah tercipta apabila Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *