Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.1 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2 , 2016 baru-baru ini. Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia.
Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu. Dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar. Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.
Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu. Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatatkan 2.6 pendengar seminggu. Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondoli kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Prestasi cemerlang stesen ini diperlihatkan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.
Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata, “Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini. Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar. Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar. Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehidar trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial” katanya.