(L-R) - Azim, Qiff, Muaz, Erissa, Sarah Suhairi _ Bella Khann

ERISSA PUTERI Juara MUZIK JAM 3.0 Anjuran HURR.TV

Erissa Puteri (@esstee_puteri) muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 yang telah berlangsung di Auditorium MYEG. Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar edisi terhad HONOR 20 Pro Moschino, set lengkap produk MUCA, fon telinga bluetooth Panasonic dan saguhati khas Spritzer Tinge. Manakala Azim Othaman (@azimothmann) pula muncul naib juara yang turut membawa pulang sebuah telefon pintar HONOR 9X, fon telinga bluetooth Panasonic beserta saguhati khas Spritzer Tinge.

Turut bertanding di peringkat akhir Muzik Jam 3.0 adalah Muaz Mustaqim (@m.muaz) dan Thaqif Idlan (@qiffx). Kesemua peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu secara LIVE dan individu dengan undian tertinggi oleh penonton muncul sebagai juara. Erissa Puteri menyampaikan lagu Memories oleh Maroon 5 dan Be Alright oleh Dean Lewis mendapat undian tertinggi dengan 27.8%. Azim (Hanya Rindu oleh Andmesh Kamaleng dan Alalala Sayang oleh Azarra Band – 26.7%), Qiff (Honey oleh Irfan Haris dan Nyaman oleh Andmesh Kamaleng – 22.8%) dan Muaz (Di Antara Bintang oleh Hello dan Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan – 22.7%). Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Spritzer, Priscilla Lim Ching Hoon dan wakil Bahagian Pemasaran HONOR, Alex Tan Chun Nam.

(L-R) – Azim, Qiff, Muaz, Erissa, Sarah Suhairi _ Bella Khann

Muzik Jam 3.0 telah bersiaran secara langsung bermula 16 Oktober 2019 dengan dihoskan oleh Bella Khann. Penyanyi lain yang ditampilkan pada program ini adalah Isma Sane, Nana Sheme, Wany Kayrie, Sissy Iman, Wani Syaz, Shalma Eliana, Imantroye, Syabil dan Hafizam. Format program ini adalah berdasarkan undian 100% oleh peminat menerusi siaran langsung pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Kami di hurr.tv teruja menyaksikan kebangkitan bakat-bakat muda Malaysia dalam satu platform khas seperti Muzik Jam. Dengan pendedahan ini, sudah pastinya ia memberikan pengalaman luar biasa serta menyediakan mereka untuk lebih fokus ketika beraksi di hadapan khalayak ramai.”

Muzik Jam 3.0 Grand Finale

Peringkat akhir Muzik Jam 3.0 turut diserikan dengan persembahan juara Muzik Jam pertama, Sarah Suhairi yang juga hos bersama. Program yang disiarkan secara langsung itu dihoskan Bella Khann dengan kehadiran kira-kira 100 penyokong dan ahli keluarga dalam memberikan sokongan kepada peserta pilihan. Kesemua episod Muzik Jam 3.0 kini boleh disaksikan di laman web, YouTube dan aplikasi hurr.tv. Episod penuh peringkat akhir Muzik Jam 3.0 akan disiarkan pada 17 Januari 2020.

Muzik Jam 3.0 dibawakan oleh Spritzer Tinge. Program turut mendapat tajaan bersama oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, MUCA. Manakala tajaan hadiah oleh HONOR dan Panasonic.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *