Extreme Adakan Konsert di Kuala Lumpur Jun Ini

Setelah sekian lama ditubuhkan, akhirnya kumpulan yang cukup ikonik dengan lagu More Than Words, Extreme bakal mengadakan konsert eksklusif buat peminat setianya di Malaysia.  Apa yang pasti konsert anjuran IMC Live Group Malaysia dan East West Best ini akan berlangsung pada 10 Jun 2018 di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.  Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam.

Extreme lebih sinonim dengan nuansa rock ini masih lagi mengekalkan anggota asal seperti Gary Cherone (vokal), Nuno Bettencourt (gitar), Pat Badger (Bass) dan Kevin Figueiredo (Drums).  Selain dikenali melalui lagu More Than Words, Extreme juga turut popular dengan lagu Get The Funk Out dan Hole Hearted.

Band yang ditubuhkan pada tahun 1985 mula menakluki pasaran muzik antarabangsa melalui album kedua mereka yang berjudul “Pornograffitti”.  Album ini tersenarai di carta billboard 200 sejak ianya diriliskan pada tahun 1990. Malah apa yang lebih menarik lagu popular mereka, More Than Words turut terdapat dalam album ini.

Konsert Extreme di Kuala Lumpur adalah bersempena dengan siri jelajah “Extreme Asia Tour 2018” yang turut menyaksikan Singapura dan Thailand bakal menjadi lokasi persembahan mereka.

Peminat boleh mendapatkan tiket pra jualan yang akan mula di jual pada 23 April dengan harga RM238 (standard).  Selain itu peminat juga boleh mendapatkan tiket VIP dengan harga RM428 ( boleh bertemu dengan anggota kumpulan, poster eksklusif serta foto berkumpulan).

Untuk pembelian tiket anda boleh hubungi 603 9222 8811 atau lawati http:///premier.ticketcharge.com.my

*Teks oleh Nazghoul

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *