Faizul Juara AF 2013

ZED_2951a

Setelah 10 minggu berentap, akhirnya Faizul anak kelahiran Tawau dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia ( AF 2013) malam tadi. Beliau berjaya mengalahkan lima finalis lain iaitu Amira, Aisyah, duo Azhael, Indah dan Nabila.Bagi anugerah AF BUZZ pula dimenangi oleh Azhael.

ZED_2932a

Di pentas akhir semalam, Faizul menyampaikan lagu Hanyut serta single terbaru beliau iaitu Sepasang Sayap.Beliau berjaya  membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,00 dan sebuah trofi.Tempat kedua pula dimenangi oleh Azhael.Dengan itu mereka membawa pulang RM30,000 dan sebuah trofi.Tempat ketiga dimenangi oleh Amirah dan membawa pulang RM10,000 serta sebuah trofi.

ZED_2981a

Pelajar bernama Siti Ruhailah Hussein atau Indah menduduki tempat keempat. Manakala Nabila dan pelajar kelahiran Singapura, Aishah pula masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam.

Dihoskan oleh Zizan Razak, AF2013 menampilkan tiga pengkritik tetap iaitu Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan penerbit muzik Roslan Aziz.

Selain itu musim kali ini juga menampilkan tiga inspirer iaitu Faizal Tahir, Melly Goeslaw dan Datuk Siti Nurhaliza. Samsung adalah penaja rasmi untuk Akademi Fantasia 2013.

*Credit photo : Lensaayid

Check Also

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia akan menyaksikan detik bersejarah apabila empat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *