Festival Filem Malaysia Ke-24

[media-credit name=”Festival Filem Malaysia Ke-24″ align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Festival Filem Malaysia ke-24 yang akan berlangsung fi PICC, Putrajaya pada 19 November depan akan menyaksikan sebanyak 25 anugerah dipertandingkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penjurian FFM24, Puan Nancy Foo, selaras dengan tema festival filem pada tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia, maka anugerah tersebut akan dinamakan Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta.

“Di bawah kategori Anugerah Gemilang Perfana, sebanyak 14 trofi yang akan menjadi rebutan. Manakala di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula sebanyak 11 trofi yang dipertandingkan”. Ujar beliau.

Trofi-trofi yang diperuntukan di bawah Anugerah Gemilang Perdana adalah bagi Skor Muzik Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Sementara di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula adalah bagi Poster Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Box-Office dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.

Selain itu terdapat dua lagi Anugerah Khas diwujudkan dalam FFM24 ini iaitu Anugerah Perdana Khas dan Anugerah Khas Juri.

Berbanding dengan FFM23 yang lalu, festival filem Malaysia tahun ini, selain penjurian yang ketat dan terperinci, ia juga turut mengenakan tambahan syarat penyertaan.

“Salah satunya ialah setiap calon yang akan bertanding wajib menjadi ahli persatuan-persatuan di bawah naungan GAFIM. Misalnya jika bertanding untuk anugerah pengarah terbaik, maka calon mestilah menjadi ahli FDAM. Begitu juga bagi anugerah Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, calonnya mestilah menjadi ahli SWAM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk dicalonkan”, jelas beliau.

Menurutnya lagi, sehingga kini hanya 41 buah filem sahaja yang layak untuk dipertandingkan, walaupun urusetia telah menerima lebih daripada 60 permohonan untuk menyertai FFM24 ini.

Disediakan Oleh Jamil Mutalib, Promosi & Publisiti FFM24.

[nggallery id=15]

 

Check Also

Ratusan Pelabur Menjadi Mangsa Penipuan Skim Pelaburan oleh Seorang “Datuk Wira”

Seorang pelabur British yang ditipu melebihi RM60 juta oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bergelar “Datuk …