Filem ‘DAULAT’ secara eksklusif dan percuma di IFLIX bermula 6 April 2020

iflix sukacitanya mengumumkan sebuah filem bertaraf global yang memaparkan kisah di sisi gelap dunia politik semasa berjudul DAULAT bakal ditayangkan secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula 6 April di iflix.com.

DAULAT adalah sebuah filem arahan Imran Sheik yang terkenal sebagai seorang pengarah muda tempatan yang berbakat, dalam menghasilkan pelbagai jalan cerita yang kreatif dan inovatif dalam pembikinan filemnya. Bertemakan ‘political thriller’, Daulat turut dibarisi pelakon-pelakon utamanya yang hebat seperti Vanidah Imran (Suri), Rashidi Ishak (Idrus) , Tony Eusoff (Hassan). Filem ini  turut dibintangi Cristina Suzanne (Nadiya Hassan), Jasmine Suraya (Jasmin Cho) dan Zul Zamir (Ali Fahim).

Menurut Pengarah filem Daulat, Imran Sheik Trailer filem DAULAT pernah menjadi viral dan mendapat maklum balas positif daripada nitizen yang kebanyakan adalah peminat tegar filem tempatan. Dari situ kami dapat kenal pasti bahawa Daulat mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan penonton rakyat Malaysia. Memandangkan iflix adalah salah satu platform penstriman yang berjaya mengangkat industri filem dan drama tempatan di Malaysia, Lacuna Pictures dan iflix berbesar hati mengalu-alukan seluruh raykat Malaysia yang sedang melalui tempoh kawalan duduk di rumah dan menonton filem Daulat bermula 6 April secara eksklusif dan percuma di iflix.

Menerusi Daulat, penonton akan menjadi lebih terbuka dan matang untuk menilai sendiri setiap tanggungjawab yang perlu dipikul ahli-ahli politik yang sering menjadi cerita sensasi di laman sosial. Kami turut berbangga kerana menjadi salah satu produksi yang menayangkan hasil filem tempatan secara PERCUMA buat rakyat Malaysia menerusi platfom iflix.” tambah Imran.

Saksikan filem berkonsepkan “political thriller” secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix bermula 6 April 2020, trailer DAULAT di sini https://www.iflix.com/my/en/title/movie/278571

 

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *