Finalis CSOIAM Lancar Single, Peminat Diminta Terus Mengundi

Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) berjaya menampilkan persaingan sengit antara lima peserta terbaik yang berentap merebut tempat ke pentas akhir pada 9 Februari 2025. Program ini terus mencatatkan peningkatan penonton dan undian, serta menjadi trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut.

Keempat-empat finalis – Zazzleen, Kai Deva, Jimi dan Marygrace – kini telah melancarkan single masing-masing. Zazzleen dengan “Merah”, Kai Deva membawakan “Mengejar Bintang”, Jimi menerusi “Tetap Berharap”, dan Marygrace dengan “Titik Mula”. Maryam yang tersingkir turut menerima single bertajuk “Idola”.

Dengan tema “Malam Terpaling Fizz”, undian peminat menyumbang 40 peratus manakala penilaian juri sebanyak 60 peratus untuk menentukan juara yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta. Program ini disiarkan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, setiap Ahad pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan boleh distrim melalui Tonton.

Program sampingan “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu jam 9.00 malam. Untuk episod akhir, 50 penonton bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di media sosial dengan hashtag #OIAM.

Check Also

NIDJI Spektakuler: 23 Hit Terhebat

Kumpulan rock Indonesia, Nidji berjaya menghangatkan suasana di Kuala Lumpur dengan persembahan yang memukau di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *