FM Group Dan Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) Anjur Festival ‘Precious of Malaysia’ 2022

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), YBrs. Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, dengan bangganya mengumumkan penganjuran Festival ‘Precious of Malaysia’ 2022, yang dianjurkan ole FM Group dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya (PUM). Festival 7 hari tersebut meraikan nilai-nilai tradisi, budaya dan warisan Malaysia melalui fesyen, dan menghidangkan para pengunjung dengan keunikan dan kepelbagaian etnik negara kita. Bersempena dengan acara tersebut, FM Group dan PUM turut menganjurkan pertandingan rekaan, fesyen Cultural Fashion Week yang akan melengkapkan para pelajar universiti dengan asas untuk menghasilkan jenama fesyen mereka sendiri.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), festival in menzahirkan usaha dan
sumbangan penganjurnya untuk mempromosi budaya Malaysia kepada pengunjung dalam dan luar negara, disamping menjadi platform kepada para pelajar universiti untuk mengekspresi seni kreatif dan keusahawanan bagi membangunkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk berjaya dalam industri fesyen.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), YBrs.Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff berkata, “Festival ‘Precious of Malaysia’ 2022 akan menjadi contoh terbaik sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya Malaysia yang terkenal sejak 600 tahun dahulu – semuanya di bawah satu acara. Penganjurannya di Universiti Malaya bukan sahaja memaparkan keunikan tempt bersejarah di Kuala Lumpur, tetapi juga mengingatkan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara budaya dan warisan kita untuk generasi akan datang.

FM Group dan PUM mengutamakan peningkatan kemahiran dalam industri fesyen secara keseluruhan,
disamping menggalakkan bakat-bakat di Malaysia mencabar diri mereka dan mencipta hasil rekaan yang terbaik bagi menjana permintaan terhadap busana tradisional Malaysia di seluruh dunia. Dengan itu, Festival ‘Precious of Malaysia’ 2022 turut menjadi platform kepada para pereka fesyen tempatan menunjukkan bakat dan memaparkan rekaan terbaik mereka dalam menghasilkan busana tradisional yang pasti akan mengagumkan para pengunjung.

Presiden ‘Precious of Malaysia’, Encik Farel Mikhail berkata, “Kami percaya festival in akan melambangkan identiti Malaysia, semuanya dalam satu acara. Kami bukan sahaja berharap untuk memainkan peranan dalam memelihara dan memaparkan seni, budaya dan warisan kita kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,
kami turut berharap untuk memacu individu-individu yang minat tentang fesyen, mengejar impian mereka dan menjadikannya sebagai kerjaya dengan menyediakan pendidikan yang sewajarnya untuk mencapai aspirasi mereka.

Para pengunjung boleh menjangkakan pengalaman kebudayaan yang menyeluruh dari 5 – 11 Disember 2022 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukkan fesyen kebudayaan oleh para pereka tempatan, aktiviti-aktiviti karnival & ‘food truck”, pameran tekstil oleh Muzium Tekstil Negara, persembahan kebudayaan, gerai-gerai jualan dan banyak lagi. Dr. Mohd Faizal Hamzah sebagai Pengerusi bersama Precious of Malaysia juga menerangkan fungsi perpustakaan kin telah berubah bukan sekadar sebagai gedung ilmu, tetapi perpustakaan perl diterjemahkan untuk merealisasikan konsep pembudayaan Perpustakaan yang bersifat terbuka.

MOTAC, FM Group dan UM teruja untuk berkongsi kebudayaan dan warisan Malaysia dengan dunia dan
berharap agar festival in dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk mengunjungi tarikan-tarikan di Malaysia dan merasai sendiri pengalaman kemasyarakatan pelbagai kaum yang harmoni – satu nilai yang tidak didapati di tempat lain.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *