Foto Separuh Bogel Tersebar: “Sah! Itu Jenny Cortez” – Pengurus

Industri hiburan negara seberang gempar apabila gambar separuh bogel aktres seksi yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin, Jenny Cortez, tersebar luas di internet. Gambar tersebut jelas menunjukkan Jenny bersama beberapa teman lelaki berada di sebuah pantai dengan hanya memakai bikini dan berkeadaan separuh bogel.

Dalam beberapa gambar yang disebarkan, ianya jelas menunjukkan Jenny hanya mengenakan seluar dalam renang dan ada gambar lain memaparkan Jenny hanya memakai seluar dalam tanpa menutupi bahagian atasnya sambil bermain air.

Pengurus kepada Jenny, Ika Maulani mengesahkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah gambar Jenny, namun menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui di mana gambar tersebut diambil dan bagaimana ianya boleh tersebar.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi oleh gadis berusia 25 tahun ini adalah Kirun & Adul, ‘Pemburu Hantu The Movie’ dan juga beberapa drama televisyen yang lain.

Check Also

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *