Galaxy A52s 5G Telefon Ohsem Baru Untuk Anda

Sama ada anda ingin membeli telefon baru untuk sendiri ataupun orang tersayang, pasti ada Galaxy A yang sesuai untuk anda! Tahun baru adalah masa yang tepat untuk mendapatkan peningkatan mobil yang anda layak selepas tahun yang sibuk. Buatkan hidup anda lebih lena dengan pilihan utama kami, untuk mereka yang mencari peranti yang seronok dan berkuasa.

Galaxy A52s 5G dilengkapi dengan skrin besar yang tidak akan menjejaskan pengalaman anda. Dengan Paparan FHD+ Super AMOLED yang mencapai sehingga 800 nit, anda boleh membaca manhwa kegemaran anda atau menonton filem walaupun di hari panas terik. Eye Comfort Shield juga membenarkan pengguna menatal selama berjam-jam lebih selesa dengan menurunkan cahaya biru pada skrin. Paparan Infinity-O 6.5-inci dengan kadar penyegaran 120Hz memberikan anda pengalaman yang lebih lancar.

Empat kamera di peranti ini juga sangat menyeronokkan. Dengan adanya kamera Ultra Wide 12MP, kamera utama 64MP dengan OIS, kamera makro 5MP dan kamera kedalaman 5MP, pilihan ini akan memberi anda fleksibiliti yang diperlukan untuk sebarang gambar yang diambil dengan kejelasan dan keterangan yang memukau. Oleh kerana adanya teknologi Tetra Bining yang mengabungkan empat piksel menjadi satu, anda juga boleh mengambil gambar dalam keadaan gelap. Selain itu, peranti ini juga dikuasakan dengan bateri 4,500mAh – sekarang anda tidak perlu risau akan penggunaan yang terhad . Tetapi, jika anda perlu mengecas semula dengan pantas, Galaxy A52s 5G juga menyokong pengecasan 25W yang akan memberikan anda 50% dalam masa 30 minit sahaja!

Untuk lebih maklumat, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkixme/

 

 

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *