Galaxy Tab A

Membaca atau mengedit kerja anda pada skrin kecil sungguh meletihkan, namun jangan biar hal ini menghalang anda daripada memanfaatkan sepenuhnya hari anda. Cubalah skrin Galaxy Tab A dengan nisbah saiz 4:3 yang terbaik dan anda mungkin tidak mahu melepaskan genggaman. Dapatkan gambaran penuh sekali imbas dan lakukan lebih banyak kerja walaupun di luar pejabat tanpa sebarang masalah menyusuri skrin. Apa lagi yang anda tunggu? Siapkan kerja anda dengan selesa atau teruskan amalan membaca untuk menjadi orang paling bijak di kalangan kawan-kawan anda.

Samsung Galaxy Tab A 9.7'' - Smoky Titanium
Samsung Galaxy Tab A 9.7” – Smoky Titanium

Ingin bercuti tetapi bimbang anda rasa bosan? Hilangkan rasa bosan dengan hiburan segera. Terdapat pelbagai isi kandungan Galaxy Gift yang memberikan aplikasi produktiviti terbaik dan juga aplikasi yang menghiburkan anda. Cubalah permainan seperti The Hobbit: Kingdoms of Middle Earth atau serlahkan daya kreativiti anda dan cetus inspirasi dengan aplikasi seperti ArtRage dan SketchBook for GALAXY.

Imbangi masa bekerja dan bermain dan kuasai setiap detik dalam hari anda dengan Samsung Galaxy Tab A.

Samsung Galaxy Tab A 9.7'' - Sandy White
Samsung Galaxy Tab A 9.7” – Sandy White

 

Samsung Galaxy Tab A boleh didapati dalam dua saiz skrin 8” dan 9.7”, dan dijual pada harga runcit disyorkan RM1,299 dan RM1,599 (harga termasuk GST) di semua Gedung Samsung Experience dan pengedar sah Samsung. S Pen disediakan untuk kedua-dua saiz dan Samsung Tab A juga boleh didapati dalam tiga warna: Putih Pasir, Hitam Pasir dan Titanium Kelabu.

Untuk kandungan multimedia dan maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy Tab A, sila layari www.samsung.com/my atau kunjungi laman Facebook Samsung Mobile Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *