Buku Resepi Dato’ Fazley Yaakob Menang Anugerah Antarabangsa

Penyanyi-pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul “My Sucre Story” pada bulan Mac 2016 di Singapura, dan sebelumnya pada bulan Oktober di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris tempat pengajian beliau sebelum ini.

Kini “My Sucre Story” telah menerima tempat pertama dalam sebuah pertandingan buku resipi antarabangsa anjuran Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding. The World Gourmand Cookbook Awards ini seumpama upacara Oscars dan Olympic untuk para penulis-penulis buku masakan.

Paris Launch 4

Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori “Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe” atau Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah, mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk 3 tempat teratas.

Ketiga-tiga penerima anugerah ini merupakan chef personaliti terkenal di negara masing-masing. Tahun ini, pengumuman untuk pertandingan ini diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana.

Paris Launch 2

Pertandingan “Gourmand World Cookbook Awards” bermula pada tahun 1995 memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti. Pengumuman pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, kota Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol. Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

640_JudyAnn_2016_06_01_14_33_43

Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku “My Sucre Story” adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi. Diantaranya merupakan resipi-resipi warisan Negeri Sembilan, tempat lahir Dato’ Fazley Yaakob. Buku ini juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan baking untuk kali pertama.

Check Also

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Pelancaran Asian Youth Festival 2026 oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Saloma Kuala Lumpur.

MALAYSIA LANCAR ASIAN YOUTH FESTIVAL 2026: PLATFORM UTAMA SOKONG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelancongan belia di rantau ini dengan pelancaran rasmi Asian …

Leave a Reply