Cik Manggis Di Lantik Menjadi Duta Siri Mandian XORRA Body Wash

Ramai yang hilang pekerjaan dan beralih kepada alternatif mencari mata pencarian. Hal ini disedari oleh Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak sehingga terpanggil untuk membantu mereka memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru.

Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman minyak wangi yang berbeza dan tahan lama.Menurut Puan Zohrah, sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman tadi.

Pada majlis yang meriah itu juga, Farmasia Sdn Bhd memperkenalkan duta Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu Cik Manggis. Menurut Puan Zohrah, pemilihan selebriti popular itu dilakukan kerana tepat dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut.

“Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri, ibu dan profesional. Ciri-ciri ini sesuai dengan 3 rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya.

Setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol.Xorra diambil daripada perkataan Arab, ZAHRAH yang bermaksud BLOSSOM atau KEMBANG. Biarpun setiap pagi kita melihat bunga yang kembang tetapi ramai yang tidak tahu tentang keunikan essence di sebalik itu. Warna, haruman dan tenaga kembangan bunga itu menjadi inspirasi kecantikan Xorra.

“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian XORRA. So, XORRA is really the SCIENCE OF CARE,” katanya.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply