Dari Wanita ke Wanita: Burger King memberi kejutan kepada ‘Ratu Burger’ pada Hari Wanita Antarabangsa

Hari ini merupakan hari anda, ratu burger! Bersinggahlah di Burger King terdekat untuk menerima kejutan.

Cosmo Restaurants Sdn Bhd, pemilik francais Burger King Malaysia mengejutkan pencinta burger wanita Malaysia dengan pembungkusan burger edisi khas Hari Wanita.

Kejutan tersebut: Burger buat pelanggan wanita di kesemua 105 cawangan Burger King di seluruh Malaysia dihidangkan di dalam kotak edi si terhad hari wanita. Bahagian dalam penutup kotak tersebut dilengkapi dengan cermin muka yang membawa mesej, “Anda adalah unik. Selamat Hari Wanita Antarabangsa Ratu Burger! (Each and everyone of you is unique. Happy international women’s day Burger Queen”!

Hari Wanita Antarabangsa merupakan acara yang sangat penting buat Burger King, kata Goh Yin Yin, Ketua Pemasaran Cosmo Restaurants Sdn Bhd.

“Bukan sahaja Burger King di Malaysia mempunyai CEO wanita, satu pertiga daripada pasukan pengurusan dan separuh daripada kakitangannya adalah wanita.

“Sebahagian besar daripada pelanggan kami merupakan wanita! Oleh itu, kami mahu memanfaatkan hari istimewa ini bagi memberi kejutan kepada para pelanggan wanita kami dan mengingatkan betapa istimewanya diri mereka.

“Sebagai seorang wanita, saya sangat memahami keadaan yang dihadapi oleh seorang wanita dalam kehidupan seharian dalam usaha mengejar karier dan menyeimbangkan kehidupan peribadi untuk menjaga ahli ibubapa, adik beradik, sahabat handai dan jika sudah berkahwin, anak dan suami.

“Benar, setiap orang adalah unik, tetapi apa yang menyatukan kita semua sebagai wanita adalah keupayaan kita yang luar biasa dalam mencari nafkah dan pada masa yang sama menjaga dan mengasuh setiap orang di sekeliling kita… Kami semua layak memakai mahkota!” berkata Goh yang menambah bahawa cermin di dalam kotak itu adalah untuk mengingatkan pelanggan perempuannya tentang peranan istimewa mereka dalam masyarakat.

Goh berkata pelanggan wanita Burger King yang membeli burger yang dihidangkan dalam kotak edisi khas boleh memilih untuk menyertai pertandingan swafoto pada hari tersebut bagi merebut peluang memenangi kad hadiah RM300 dari jenama kosmetik terkenal.

Satu lagi kejutan? Semua pelanggan wanita juga bakal menerima diskaun sebanyak 50% apabila mereka membeli antara tiga pilihan Burger King Mushroom Swiss burger – Double Swiss Mushroom, Single Swiss Mushroom dan Mushroom Swiss tendergrill.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply