FESTIVAL AUTO & GAYA HIDUP MALAYSIA 2025: PESTA PERMOTORAN TERBESAR DI SEPANG TAMPIL AKSI MENARIK, BUDAYA DAN HIBURAN KELUARGA

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025, acara automotif terbesar di Malaysia, bakal berlangsung dengan penuh gemilang di Litar Antarabangsa Sepang pada 14 dan 15 Jun 2025. Menggabungkan aksi permotoran yang mendebarkan, elemen budaya pop yang terkini serta aktiviti mesra keluarga, festival ini menjanjikan pengalaman hujung minggu yang tidak akan dilupakan.

Menampilkan lebih 800 kereta yang dipamerkan dalam perhimpunan kelab kereta terbesar negara, MALF 2025 menyediakan pelbagai acara menarik seperti demonstrasi drift oleh pemandu lagenda, pameran kereta retro, dan peluang eksklusif untuk mengakses kawasan pit. Pengunjung turut berpeluang menikmati hari litar rasmi, menjadikan acara ini sebagai pusat tumpuan peminat automotif dari serata rantau Asia Tenggara.

Selain daripada tarikan permotoran, MALF 2025 juga menawarkan pengalaman gaya hidup unik dengan bazar makanan yang menyajikan aneka hidangan tempatan dan antarabangsa, serta zon membeli-belah yang memaparkan produk dan fesyen terkini. Tidak ketinggalan, persembahan budaya tradisional yang menampilkan tarian etnik dari Borneo serta persembahan dramatik yang memukau.

Menurut Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025, festival ini mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang bersatu dalam semangat permotoran, budaya, dan kemeriahan. “Kami berbangga dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu acara yang meriah, dinamik dan penuh semangat kebangsaan,” jelas beliau.

Festival ini turut mendapat sambutan luar biasa dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, mengukuhkan kedudukannya sebagai acara automotif dan gaya hidup terbesar di Asia Tenggara.

Kemasukan ke festival ini adalah percuma untuk semua, memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati pengalaman yang disediakan. Khas sempena sambutan Hari Bapa, MALF 2025 turut menyediakan zon khas keluarga termasuk zon kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan diri eksklusif untuk wanita, serta persembahan hiburan tanpa henti.

Ikuti perkembangan terkini festival ini dengan melayari akaun media sosial rasmi MALF di Instagram dan Facebook melalui @malfestivalmy.

Check Also

Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani 2026 di KLCC

WARNA LEBARAN ARIANI 2026: SIMBOL KEANGGUNAN DAN KEBERSAMAAN AIDILFITRI

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, ARIANI, sekali lagi memukau industri fesyen tanah air melalui penganjuran pertunjukan …

Model menggayakan koleksi Qhiam Raya 2026 dengan rekaan moden kontemporari.

QHIAM RAYA 2026: SENTUHAN MODEN, TRADISI DAN KEAJAIBAN KEKELUARGAAN

Musim perayaan tahun ini bakal menyaksikan revolusi fesyen yang lebih bermakna melalui pelancaran koleksi Qhiam …

Leave a Reply