Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu bertemakan “AMBER EID’S: TIME FOR LOVE” sempena sambutan Aidilfitri 2026. Pelancaran ini turut memperkenalkan koleksi eksklusif sulung Amber LUXE yang menampilkan rekaan premium dengan sentuhan mewah dan penuh nilai sentimental.

Kempen ini hadir sebagai kesinambungan kejayaan koleksi Raya Romantics tahun lalu yang menerima sambutan positif daripada peminat fesyen tempatan. Bagi musim ini, Amber tampil dengan pendekatan lebih beremosi dan bermakna, selari dengan aspirasi jenama untuk meraikan kasih sayang, kebersamaan serta warisan keluarga dalam suasana Syawal.
Koleksi ini diperagakan oleh barisan duta jenama iaitu Amira Othman, Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini yang mencerminkan kepelbagaian gaya moden serta keanggunan tersendiri.

INSPIRASI ISTANBUL JADI TERAS KEMPEN RAYA AMBER 2026
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, koleksi Raya 2026 dihasilkan dengan konsep yang lebih mendalam, bukan sekadar memfokuskan kepada penampilan semata-mata, tetapi turut membawa mesej emosi dan kenangan bermakna.

Beliau turut menjelaskan bahawa sesi fotografi kempen kali ini dijalankan di Istanbul, sebuah kota yang kaya dengan elemen budaya Islam, sejarah dan suasana nostalgia. Pemilihan lokasi tersebut dilihat selari dengan konsep cinta, warisan dan kebersamaan yang ingin diketengahkan oleh Amber.

Selain itu, Amber turut menyediakan kandungan istimewa khas dari Istanbul untuk tontonan eksklusif penonton setia menerusi saluran UTV.
KOLEKSI WANITA DAN LELAKI INSPIRASI WARISAN TURKI
Bagi koleksi utama Amber Eid’s: Time for Love, jenama ini menampilkan enam rekaan wanita dan dua rekaan lelaki yang diinspirasikan daripada seni bina, sejarah dan keindahan warisan Istanbul.

Koleksi wanita menampilkan fabrik ringan, potongan flowy, ruffle halus serta sulaman teliti yang sesuai untuk suasana Syawal. Setiap rekaan membawa identiti tersendiri seperti Lalizar, AyaSofya, Mihrimah, Hürrem, İznik dan Sarayli yang menggambarkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden.

Sementara itu, koleksi lelaki pula direka dengan gaya maskulin kontemporari menggunakan fabrik cotton yang selesa serta potongan regular fit. Model Bosphorus dan Rumeli tampil dengan palet warna earth tone serta corak halus yang sesuai digayakan untuk Raya dan pemakaian harian.
AMBER LUXE PERKENAL SENTUHAN EKSKLUSIF DAN PREMIUM
Sebagai pelengkap kepada koleksi raya, Amber turut memperkenalkan Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection yang digayakan oleh Hael Husaini dan Scha Alyahya. Koleksi ini menggunakan material premium seperti satin mewah dan chiffon sutera ringan, dihiasi lipatan kemas, ruffle romantik serta perincian reben yang elegan.

Rekaan Amber LUXE menampilkan siluet kemas yang menekankan keindahan dalam kesederhanaan, menjadikannya sesuai sebagai busana istimewa untuk detik Aidilfitri yang penuh makna dan berpotensi menjadi warisan keluarga.

Bagi koleksi wanita, lima rekaan diperkenalkan iaitu Melis, Esma, Ruya, Ela dan Leyla, manakala koleksi lelaki menampilkan set baju Melayu moden Orhan, Azra dan Demir.
KOLEKSI AMBER RAYA 2026 BOLEH DIDAPATI MULAI FEBRUARI
Semua koleksi Amber Raya 2026 termasuk Amber Eid’s: Time for Love dan Amber LUXE kini boleh didapati menerusi laman web rasmi jenama tersebut dengan beberapa rekaan ditawarkan untuk pra-tempahan.

Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan di butik baharu Amber di IOI City Mall, Putrajaya bermula 9 Februari. Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan terkini koleksi ini menerusi akaun Instagram rasmi @amber.officials.
Dengan gabungan rekaan berkualiti, konsep bermakna dan sentuhan emosi, Amber Raya 2026 dilihat sebagai antara koleksi paling berimpak untuk musim perayaan tahun ini.
Kredit Foto : NOVTIC
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia