KPWKM Cadang Miliki Aset Pengangkutan Bantuan Mangsa Banjir Sendiri

Rohani-Abdul-Karim1

PUTRAJAYA, 14 Januari: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Kementeriannya merancang untuk memiliki beberapa lori kontena serta bot sendiri bagi memudahkan misi pengagihan bantuan kepada mangsa bencana banjir pada masa akan datang.

Menurut beliau, sebelum ini kementerian berdepan masalah kelewatan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan kerana kerja menyelamat perlu diutamakan terlebih dahulu. Pihak mereka juga terpaksa menggunakan aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa pinjam bot dan lori daripada polis, JPAM, bomba dan ATM untuk mengagihkan bantuan, namun penggunaannya terhad ke¬rana mereka juga menggunakan aset tersebut untuk misi menyelamat.

“Namun kita tahu, hendak memiliki lori kontena dan bot sendiri ini memerlukan kos yang banyak, jadi kita akan memperhalusi cadangan ini sebelum memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Mengulas penambahbaikan bantuan kepada mangsa banjir, Rohani berkata, pihaknya sedang mengenal pasti jenis-jenis makanan kepada mangsa di pusat pemindahan.

“Pada hari pertama hingga ketiga, barangan amat terhad dan kita hanya boleh memasak sardin sahaja, selepas ini kita akan fikirkan masakan lain seperti ayam dalam tin dan sebagainya,” katanya.

Check Also

Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani 2026 di KLCC

WARNA LEBARAN ARIANI 2026: SIMBOL KEANGGUNAN DAN KEBERSAMAAN AIDILFITRI

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, ARIANI, sekali lagi memukau industri fesyen tanah air melalui penganjuran pertunjukan …

Model menggayakan koleksi Qhiam Raya 2026 dengan rekaan moden kontemporari.

QHIAM RAYA 2026: SENTUHAN MODEN, TRADISI DAN KEAJAIBAN KEKELUARGAAN

Musim perayaan tahun ini bakal menyaksikan revolusi fesyen yang lebih bermakna melalui pelancaran koleksi Qhiam …

Leave a Reply