Kursus ‘Smart Start’ WAJIB Untuk Semua Kaum Di Masa Hadapan

Rohani-Abdul-Karim1KUALA LUMPUR, 12 Februari: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Kementeriannya bakal mewajibkan Kursus ‘Smart Start’ dihadiri bagi semua pasangan dari semua kaum yang ingin berkahwin, sebelum akhir tahun depan.

“ Kami dalam proses perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan institusi keagamaan lain, bagi mewajibkan kursus ini.

“Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin,” katanya.

“Kementerian yakin dengan adanya kursus ini masalah rumah tangga dapat dikurangkan,” tambahnya.

Rohani berkata, kursus itu memberi fokus kepada pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan, selain memberi sokongan psikososial kepada pasangan bagi menempuh alam perkahwinan dan rumah tangga agar lebih sejahtera.

Beliau juga berkata, rekod polis menunjukkan 3,673 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat 43.6 peratus berbanding 2,558 kes pada tahun lepas.

“Ini menunjukkan meningkatnya tahap kesedaran wanita untuk tampil melaporkan keganasan rumah tangga yang dialami,” katanya.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply