LEGO® NINJAGO™ THE RIDE Yang Pertama Di Malaysia Kini Dibuka

Permainan yang dinanti-nantikan kini sudah tiba! LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini mengumumkan pembukaan daya tarikan berteknologi tinggi terbarunya, LEGO® NINJAGO™ The Ride, yang merupakan permainan pertama sepertinya di Asia. Permainan baru ini membolehkan pengunjung menggunakan tangan untuk melontarkan petir, mencetus gelombang renjatan, menghamburkan ais dan menembak bebola api dengan tahap ketepatan yang tinggi. Permainan ini adalah pelaburan yang terbesar dibuat oleh resort ini sejak dibuka dan bakal mengubah sama sekali pengalaman pengunjung di taman tema tersebut.

njg-picture-4

LEGO® NINJAGO™ The Ride ialah permainan pengembaraan gelap 4D yang begitu mengasyikkan. Ia diilhamkan dari mainan dan rancangan TV NINJAGO™ LEGO® yang sangat popular. Para pengunjung boleh memainkan watak kegemaran mereka dan menewaskan musuh seperti gerombolan ular, hantu, jerangkung dan ular raksasa yang bernama The Great Devourer di bawah tunjuk ajar Master Wu. Teknologi gerak isyarat tangan unik yang dipelopori Triotech mencetus pengalaman yang membolehkan pemain melemparkan peluru maya dengan menggunakan tangan.

njg-picture-1

“Ini suatu perkembangan menarik bagi LEGOLAND® Malaysia Resort. LEGO® NINJAGO™ ialah jenama yang sangat popular dan kami berbangga untuk membawakan pengalaman ini ke Asia. Jenama LEGO® memberi inspirasi kepada insan untuk berkembang maju menerusi permainan dan inilah komitmen yang menjadikan kemudahan yang kami sediakan di LEGOLAND® lebih menarik lagi. Sememangnya langkah memperkenalkan permainan ini amat tepat, memandangkan LEGO® NINJAGO™ The Ride membawa pengalaman permainan yang mengasyikkan ke tahap yang lebih tinggi,” kata Young Pil-Kim, Pengurus Besar (Interim) LEGOLAND®.

njg-picture-2

Dibina dengan pelaburan lebih RM40 juta, LEGO® NINJAGO™ The Ride dinikmati dalam 3D dan membawakan kesan seperti haba, asap dan angin sepanjang pengembaraan ini, memberikan pengalaman 4D paling unggul. Tetapi tarikan utama permainan ini ialah teknologi gerak isyarat tangan. Dihasilkan oleh Triotech, pemimpin global dalam daya tarikan interaktif berasaskan media, teknologi ini membolehkan pengunjung berlagak seperti ninja dan melemparkan bola api, petir, gelombang renjatan atau ais dengan pergerakan tangan. Sensor teknologi tinggi mengesan pergerakan ini dengan tepat dan melancarkan peluru maya dengan selanjar ke arah sasaran yang dipaparkan. Sehingga empat pengunjung boleh menaiki kenderaan permainan dan mereka dibawa menyusuri pelbagai babak termasuk berhadapan dengan penjahat dan situasi mencabar. Di akhir pengembaraan, pengunjung boleh melihat markah individu mereka yang dipaparkan.

njg-picture-5

Menurut YP, LEGO® NINJAGO™ The Ride adalah antara beberapa permainan tambahan yang telah dirancang untuk menaik taraf Resort ini ke tahap yang lebih tinggi. “Kami memang sentiasa merancang untuk menambah daya tarikan baru di Resort setiap tahun untuk memastikan setiap kunjungan mencetus pengalaman baru. Permainan terbaru ini amat istimewa bukan hanya kerana pelaburan besar yang dibuat, tetapi juga membuktikan komitmen kami memperkenalkan daya tarikan terbaru ke rantau ini – dengan cara yang hanya boleh disediakan oleh LEGOLAND®. Para peminat LEGO® boleh menantikan pelbagai perkembangan menarik daripada kami untuk tahun 2017.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi LEGOLAND® Malaysia Resort di www.legoland.com.my atau hubungi kami di 07-597 8888 dan ikuti kami menerusi laman sosial LEGOLAND® Malaysia Resort (Facebook & Twitter) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang promosi dalam talian.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply