Majlis Penyerahan Mobilepreneur@ KKLW (Peringkat Negeri Selangor)

Mobilepreneur@KKLW merupakan program inisiatif YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk melahirkan usahawan belia luar bandar yang menjalankan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan bergerak dengan menggunakan motosikal. Program ini mula diperkenalkan pada Mei, 2016 dalam mencapai sasaran membandarkan luar bandar. Program Mobilepreneur memperkenalkan konsep perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kemahiran terus ke rumah atau ke mana-mana saja lokasi berbanding dengan usahawan bergerak sedia ada yang hanya tertumpu kepada penjualan atau penghantaran makanan.

Program Mobilepreneur @KKLW lebih menumpukan kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan-perkhidmatan yang terdiri daripada 13 bidang terpilih iaitu perkhidmatan automatif, motosikal, elektrikal, penghawa dingin ,j ahitan, gunting dan dandanan rambut, senggaraan bangunan, senggaraan paip, fotografi, kimpalan, komputer, elektornik serta perkhidmatan spa dan kecantikan.

Pada pembentangan bajet 2017 oleh YAB PM, peruntukan sebanyak RM30 juta diberi untuk melahirkan 3,000 usahawan bergerak di bawah Program Mobilepreneur@KKLW. Ini menj adi perangsang kepada GIATMARA dan FELCRA (FTC) selaku agensi pelaksana unutk membantu melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar.

Check Also

Peragaan SVG Artchive Summer 26 di Factory 19, Petaling Jaya.

SVG ARTCHIVE SUMMER 26 SATUKAN WARISAN DAN STREETWEAR GLOBAL

Di Factory 19, sejarah dan masa depan bertembung dalam satu pentas yang mengangkat warisan budaya …

AI-powered CarePod kiosk for community digital healthcare screening in Malaysia

CAREPOD STRENGTHENS DIGITAL HEALTHCARE ACCESS FOR MALAYSIAN COMMUNITIES

KUALA LUMPUR: Cempaka Cahaya Sdn. Bhd. has officially launched CarePod, an AI-powered healthcare kiosk designed …

Leave a Reply