Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime

Wira masakan negara, Diana Chan bakal pulang ke tanahair buat kali pertama sejak kemenangannya yang gempak di MasterChef Australia Musim 9 tayangan Lifetime (Saluran Astro 709)!

Diana dilahirkan di Sitiawan, Perak dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana.

Bulan lalu, akauntan berumur 29 tahun ini menjuarai siri TV realiti masakan popular tersebut dan memenangi hadiah utama sebanyak AUD250,000 (RM834,000) secara tunai. Perjalanan tiga bulan yang epik Diana disiarkan di Lifetime; Tontoni semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017, setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709).

Untuk menyambut kemenangannya, Diana pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur. Beliau akan berkongsi pengalamannya yang luarbiasa dan menjawab semua soalan peminat, serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low, juga akan menjadi sebahagian daripada acara tersebut dengan aktiviti demo masakan masing-masing.

Jangan terlepas peluang keemasan ini!

Bagi pihak Lifetime (Astro Ch 709), kami menjemput anda untuk berkongsi butiran acara dengan pembaca anda, serta untuk menghadiri acara tersebut:

Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair untuk Sambutan Hebat Lifetime!

Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu

Masa: 12tgh – 6ptg; Penampilan Diana dari pukul 3ptg – 5ptg

(Pendaftaran media pada jam 2.30ptg)

 Tempat: South Court (Tingkat Bawah) | Mid Valley Megamall

Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook Live: Acara ini akan disiarkan di Facebook Live di @LifetimeAsia untuk membolehkan peminat lain menyertai sambutan ini.

TV: Tontoni semula perjalanan kemenangan Diana dengan adegan terbaik MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017, setiap Sabtu, 12tgh di Lifetime (Saluran Astro 709)

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply