ISLAMICRUISE UMRAH EKSKLUSIF 2026 DI AROYA CRUISE


Kuala Lumpur, 22 September 2025 – IslamiCruise® telah mengumumkan pelancaran Family & Friends Package 2026 yang bakal berlangsung di atas kapal mewah Aroya Cruise. Pelayaran halal antarabangsa ini menyatukan kemewahan, pengalaman rohani serta peluang menunaikan Umrah dalam suasana penuh eksklusif, menjadikannya detik bersejarah dalam dunia pelancongan Islamik.

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise

Pelayaran Premium Merentas Lima Negara

Pakej ini dijadualkan berlangsung selama 18 hari 16 malam dengan dua siri utama yang merentasi lima negara ikonik. Siri pertama bermula dari 15 hingga 30 Januari 2026 melalui destinasi Saudi Arabia, Oman, Maldives, Indonesia dan berakhir di Malaysia. Manakala siri kedua pada 3 hingga 18 Februari 2026 membawa penumpang dari Malaysia ke Indonesia, Maldives, Oman dan berakhir di Tanah Suci Mekah, sekali gus memberi peluang menunaikan Umrah tepat sebelum Ramadan. Setiap hentian menawarkan lawatan eksklusif yang dirangka untuk memberi pengalaman autentik, daripada panorama semula jadi Maldives hingga budaya unik Oman dan Indonesia.

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise

Halalan Toyyiban – Jiwa Tenang di Lautan

Sebagai pelopor pelayaran halal, IslamiCruise® menekankan konsep Halalan Toyyiban sepenuhnya. Hidangan disediakan oleh chef berpengalaman dengan menu halal antarabangsa, manakala hiburan dipilih secara teliti bagi memastikan semua aktiviti bebas alkohol serta perjudian. Penumpang juga dapat merasai ketenangan ibadah berjemaah di ruang khas sambil menikmati hiburan patuh syariah yang membawa ketenangan jiwa di tengah lautan.

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise

Tempahan Eksklusif Melalui Agensi Rasmi

Untuk memastikan kelancaran perjalanan, tempahan hanya boleh dibuat melalui lima agensi rasmi iaitu Andalusia, TH Travel & Services, Jay Ibrahim Travels, Rayhar Travels dan In Saff Travels & Tours. Agensi-agensi ini bukan sekadar pusat tempahan, tetapi juga penasihat perjalanan yang akan membimbing pelanggan dari pendaftaran sehingga ke destinasi terakhir.

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise

Pihak penganjur menegaskan bahawa IslamiCruise Umrah Eksklusif 2026 adalah peluang sekali seumur hidup. Selepas siri ini, belum ada jaminan kapal Aroya Cruise akan kembali beroperasi dari Malaysia. Justeru, umat Islam digalakkan merebut peluang untuk merasai pelayaran halal antarabangsa pertama dunia yang menghubungkan ibadah dengan kemewahan pelayaran moden.

Check Also

Dato’ Khadijah Ibrahim bersama produk Sos Cili Pedas IBU di majlis pelancaran Brunei

SOS CILI PEDAS IBU TEMBUSI PASARAN BRUNEI

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia terus membuktikan kemampuan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Antara …

Diana Danielle dan Joe Flizzow menerima anugerah di ASEAN Young Entrepreneurs Carnival 2025 di Kuala Lumpur.

DIANA DANIELLE & JOE FLIZZOW DIHARGAI DI KARNIVAL USAHAWAN MUDA ASEAN 2025

KUALA LUMPUR – Dua ikon berpengaruh tanah air, Diana Danielle dan Joe Flizzow, menjadi tumpuan …

Leave a Reply