Persidangan Antarabangsa mengenai Logistik Maritim dan Pelabuhan (ICMLP) 2024

Netherlands Maritime University College (NMUC), dengan kerjasama Port Training Institute (PTI) dari Arab Academy for Science, Technology & Maritime Transport (AASTMT), STC International, serta dianjurkan bersama oleh MY Iskandar Sdn Bhd (MISB) dan Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT), dengan sukacitanya mengumumkan Persidangan Antarabangsa mengenai Logistik Maritim dan Pelabuhan (ICMLP) 2024, yang akan diadakan dari 3 hingga 5 September 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

ICMLP 2024 akan menghimpunkan pakar-pakar terkemuka, profesional industri dan ‘inovator’ dari seluruh dunia untuk membincangkan kemajuan terkini, amalan terbaik dan cabaran dalam bidang logistik maritim, pengurusan pelabuhan, pengurusan rantaian bekalan dan pengangkutan. Persidangan ini menyediakan platform penting untuk perbincangan yang memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan, mencetuskan idea baharu dan berkongsi pengalaman dalam logistik maritim.

Sepanjang tiga hari, peserta boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pembentangan, perbincangan panel, dan sesi interaktif mengenai teknologi, peraturan, kelestarian alam sekitar, kerjasama strategik, kewangan dan pembangunan modal insan. Penceramah terkemuka akan berkongsi pandangan mereka tentang keadaan semasa dan masa depan logistik maritim serta pengurusan pelabuhan.

ICMLP 2024 menekankan kepentingan logistik maritim yang cekap, mampan dan berdaya saing untuk memajukan perdagangan global, pertumbuhan ekonomi dan pasaran. Acara kemuncak termasuk Majlis Makan Malam ‘Networking Dinner’ dan pelayaran mengelilingi Tasik Putrajaya.

Persidangan dan pameran memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan syarikat utama dan pemimpin industri, mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kami menjemput semua pihak yang berminat untuk menyertai ICMLP 2024 dari 3 hingga 5 September. Untuk maklumat lanjut, layari laman web icmlp.nmuc.edu.my.

Check Also

Pameran FUTURA CONNECTIVA KL di REXKL Kuala Lumpur

FUTURA CONNECTIVA KL SATUKAN DUNIA KOMIK & ANIMASI NUSANTARA

Kuala Lumpur menjadi pentas penting industri kreatif serantau apabila FUTURA CONNECTIVA KL membuka tirainya di …

Suasana elegan IRAMA Signature dengan dekorasi Melayu moden.

DESTINASI MEWAH RASA MELAYU MODEN DI IRAMA SIGNATURE

Pembukaan IRAMA Signature Putrajaya menandakan langkah baharu dalam dunia kulinari tempatan. Restoran ini menggabungkan rasa …

Leave a Reply