The Magic Library : New Chapter

The Magic Library : New Chapter kembali lagi dengan persembahan yang bakal mengujakan para penontonnya. Ia bakal berlangsung di MyTown,Kuala Lumpur mulai 19 Julai sehingga 26 Ogos 2018. Ia bakal membariskan ahli-ahli silap mata dan ilusi yang bertaraf dunia di bawah bimbingan Master Leow Fee Leong. Beliau merupakan orang penting di sebalik Perfect Illusion serta merupakan seorang yang terkenal dalam dunia silap mata.

The Magic Library ini merupakan hasil kerjasama antara CRID STUDIO dengan Perfect Illuision dengan World Cryto Asset Blockchain Alliance (WCBA) sebagai penaja rasmi bagi persembahan silap mata secara langsung kepada penonton.The Magic Library : New Chapter kali ini mendapat tajaan dari Dato’ Sri Dr Darren Yaw iaitu pengasas World Cryto Asset Blockchain Alliance (WCBA).Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian serta majlis tandatangan MOU diantara Master Leow Fee Loong dgn pihak penaja. Ketika majlis perasmian ini, beberapa ahli silap mata membuat beberapa persembahan kepada semua hadirin yang hadir.

Buat pengetahuan semua, Master Leow Fee Loong merupakan pemenang anugerah silap mata profesional yang bertaraf dunia serta mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang ini.Dengan adanya persembahan silap mata ini, ia akan memberi inspirasi kepada generasi muda bagi membina masa depan serta kreatif.

Bagi mereka-mereka yang ingin mendapat tiket boleh melayari www.ticketpro.com.my atau datang terus ke kaunter Box Office Booth, Level 1, MyTOWN Shopping Center.

Waktu persembahan dan harga tiket adalah seperti dibawah :

Waktu persembahan

8.30 malam ( Isnin – Rabu )

8.30 malam & 10.30 malam ( Khamis, Jumaat & Cuti Umum )

4.00 petang, 8.30 malam & 10.30 malam ( Sabtu & Ahad )

Harga tiket

Kategori                 Dewasa                Kanak-Kanak               Penerangan

VIP                         RM84.00              RM49.00                      Tempat duduk bernombor

HOT Seats             RM69.00              RM39.00                      Tempat duduk bebas

Umum                    RM54.00              RM34.00                      Tempat duduk bebas

Untuk keterangan lanjut mengenai The Magic Library : New Chapter anda boleh lah layari :

Facebook : https://web.facebook.com/themagiclibrarymsia/

Instagram : https://www.instagram.com/themagiclibrarymsia/

Website : http://www.themagiclibrarymsia.com/

Email : info@themagiclibrarymsia.com

 

 

 

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply