Sepang, 13 September 2025 – Jenama makanan segera tempatan, Ahmad Fried Chicken (AFC), terus mengorak langkah apabila melancarkan Ahmad Fried Chicken Cawangan Ke-44 di Kota Warisan, Sepang. Majlis perasmian ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi (Pak Nil) sebagai tetamu khas, yang turut melakukan gimik simbolik meletupkan belon dan menandatangani plak pelancaran.
Pertumbuhan Pesat Sejak 2024
Sejak outlet pertama dibuka pada 2024, AFC berkembang pantas hasil sokongan padu rakyat Malaysia. Kini dengan 44 outlet beroperasi, termasuk restoran penuh, mini restoran dan kiosk, pembukaan ini menandakan Pembukaan Ahmad Fried Chicken Kota Warisan sebagai langkah penting menuju sasaran 78 outlet menjelang hujung 2025, sekali gus melepasi sasaran awal 60 outlet.
Antara menu popular yang menjadi tarikan ialah ayam goreng rangup, chicken tenders, nugget dan burger. Inovasi terbaharu mereka, Burger Sate Ahmad Fried Chicken, turut mendapat pujian ramai termasuk Pak Nil sendiri yang kagum dengan rasa kuah kacangnya yang unik serta kombinasi moden sate dalam bentuk burger.
Kenyataan Pengasas Bersama AFC
Dalam sidang media, Puan Lailatul Sarahjanna, Pengasas Bersama Ahmad Fried Chicken, berkata:
“Daripada hanya wagon kecil menjual ayam goreng, kini Ahmad Fried Chicken berdiri sebagai jenama pilihan keluarga. Kejayaan ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa bersama kami. Insya-Allah, dengan momentum ini, AFC mampu melangkah ke pasaran antarabangsa.”
Beliau menambah bahawa peluang rakan niaga kini dibuka melalui model licensing, dengan kos permulaan sekitar RM990,000. Setiap rakan niaga diwajibkan melalui latihan intensif di central training centre bagi memastikan kualiti makanan dan perkhidmatan konsisten di semua outlet.
Sasaran & Perancangan Seterusnya Ke Arah 78 Outlet, Pensijilan Halal Dan Peluasan Global
AFC menetapkan sasaran untuk mencapai 78 outlet menjelang akhir 2025, termasuk pembukaan cawangan baharu di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, syarikat kini giat menjalankan proses bagi mendapatkan pensijilan halal sepenuhnya. Dengan adanya central kitchen dan training centre, AFC memastikan semua piawaian dipatuhi serta kualiti makanan terjamin.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, AFC merancang untuk memperluaskan operasi ke peringkat antarabangsa, dengan tumpuan kepada pasaran ASEAN, Amerika Syarikat dan Mekah. Langkah ini dijangka menjadikan AFC bukan sahaja jenama pilihan tempatan, tetapi juga simbol kebanggaan Malaysia di pentas dunia.