BAZAR NOSTALGIA RETRO RAYA DI MAEPS SERDANG

Sempena persediaan menyambut Aidilfitri, Berqat Media Sdn Bhd dengan Kerjasama MARDI Corp menganjurkan Nostalgia Retro Raya yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April 2023 sehingga 16 April 2023 di Dewan D,MAEPS Serdang, Selangor.

Bertemakan ‘Menggamit Memori Indah’, acara 10 hari ini akan membawa anda mengimbau kembali suasana menyambut Aidilfitri di era 70, 80 dan 90an dengan pelbagai reruai jualan dan aktiviti menarik.

Lebih 60 peniaga akan menyertai acara ini yang menawarkan pilihan barangan, pakaian dan kuih-muih untuk para pengunjung membuat persediaan Aidilfitri.

Terdapat juga jualan oleh para artis dan selebriti yang turut memeriahkan sepanjang acara berlangsung , antaranya –  Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin yang menjual pelbagai persiapan raya dari pakaian hingga kuih raya.

Nostalgia Retro Raya bukan sahaja menawarkan suasana yang menggamit memori, penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli belah, kemudahan awam yang baik seperti tandas , surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menawarkan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.

Apa yang pasti, Nostalgia Retro Raya mahukan pengunjung membeli belah dengan ceria dan selesa.

Check Also

PTTI Rasmikan Cawangan Ketiga Shah Alam 2025

PTTI RASMIKAN CAWANGAN KETIGA DI SHAH ALAM, SASAR 12,000 PELAJAR SPM

SHAH ALAM, 23 Ogos 2025 – Pusat Tuisyen terkenal negara, PTTI, terus mengukuhkan kedudukan sebagai …

selebritionline portal hiburan

PURREVER HEALTHY ROYAL CANIN MERIAHKAN SUNWAY PYRAMID 2025

PETALING JAYA, 7 OGOS 2025 – Purrever Healthy Royal Canin mencatat sejarah sebagai acara awam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *