Burger KFC Zinger Reloaded Lebih ‘ZING’

IMG_8830-1Burger klasik KFC Zinger kegemaran ramai kini telah diberi nafas baru dan lebih ‘zing’ menjadikan ia bukan sekadar burger ayam biasa kegemaran anda! KFC memperkenalkan burger terbaru Zinger Reloaded, dengan filet ayam lazat yang diapit dua ban oblong baru yang membuka selera, dilapisi dengan gegelang bawang yang rangup dan sos khas yang sunguh enak. Kelazatan burger ini pasti akan membuat anda terpikat. Anda perlu mencubanya sendiri! Burger ini lebih enak dimakan dengan sampingan baru kentang dan air berkarbonat.

“Dengan slogan “Ada Gaya, Ada Zing” burger Zinger terbaru ini hadir dengan sentuhan baru yang menawan selera. Filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai yang digoreng rangup, gegelang bawang rangup yang enak, dan sos burger khas yang membangkitkan lagi rasa, kesemuanya diapit dengan ban oblong baru yang lembut,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Kami di KFC akui bahawa generasi muda mempunyai citarasa yang lebih kreatif, kerana itu KFC telah menyuntik nafas baru kepada sesuatu yang begitu klasik iaitu burger Zinger yang sememangnya diminati ramai sejak dahulu lagi. Sesuai dengan selera anak-anak muda, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi popular di kalangan remaja dan golongan muda yang sentiasa mencari sesuatu yang ringkas dan mengenyangkan,” tambah beliau.

Burger KFC Zinger Reloaded boleh didapati malalui hidangan ala’carte pada harga RM8.00 dan juga dalam kombo yang mengandungi empat keping kentang hash rounds dan satu minuman berkarbonat, kesemuanya dengan harga yang berpatutan RM9.95. Bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih mengenyangkan, burger ini juga tersedia dalam versi Hotbox iaitu tambahan seketul ayam goreng pada harga RM11.85. (Harga berbeza mengikut lokasi.)

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi burger KFC Zinger Reloaded merangkumi pengiklanan di TV dan radio, media online, dan titik bahan jualan (POSM). Burger KFC Zinger Reloaded terbaru kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad bermula 4 Mac 2014,  sementara stok masih ada.

Check Also

selebritionline portal hiburan

SUPER GT MALAYSIA 2025 TARIK 75,977 PEMINAT DI SEPANG

SEPANG, 1 JULAI 2025 – SUPER GT Malaysia 2025 mencipta kejutan apabila seramai 75,977 peminat …

selebritionline portal hiburan

VIPER NIZA RACING KEMBALI KE PAUL RICARD 2025 DENGAN MISI PODIUM

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2025 – Pasukan perlumbaan Malaysia, Viper Niza Racing, akan kembali ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *