Dato Sri Rohani Karim Turun Padang Ke Beladin Lihat Perkembangan Penduduk

image209

KUCHING, 26 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim bakal meneruskan perjalanan ke Beladin untuk melihat keadaan dan perkembangan penduduk di sana.

Mengambil masa selama lima jam dari bandar Kuching, Rohani Karim dilihat begitu komited sekali dalam memastikan rakyat di Sarawak berada dalam keadaan selesa dan terjaga.

Tidak hanya berada di pejabatnya di Kementerian, Rohani antara menteri yang sering melakukan kerja amal dalam memastikan penduduk di kawasan pendalaman juga wajar diberi perhatian.

Enggan dilabel ahli politik yang turun padang hanya menjelang pilihan raya, Rohani amat komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang menteri dan juga ahli parlimen Batang Lupar.

Sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan, keprihatinan Rohani Abdul Karim terhadap penduduk di bumi Sarawak wajar dicontohi oleh ahli parlimen dari kawasan masing-masing.

 

Check Also

selebritionline portal hiburan

PURREVER HEALTHY ROYAL CANIN MERIAHKAN SUNWAY PYRAMID 2025

PETALING JAYA, 7 OGOS 2025 – Purrever Healthy Royal Canin mencatat sejarah sebagai acara awam …

selebritionline portal hiburan

HABIB RAIKAN SENI PERTUKANGAN MALAYSIA SEMPENA MERDEKA 2025

AMPANG, 8 OGOS 2025 – HABIB, jenama barang kemas terkemuka negara, kembali dengan kempen Jualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *