KEWPIE MALAYSIA SAMBUT 100 TAHUN MAYONIS JEPUN DENGAN PERADUAN MENANG PERCUTIAN KE JEPUN

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2025 – Kewpie Malaysia Sdn. Bhd. (“Kewpie Malaysia”), jenama terkemuka dalam pengeluaran mayonis dan dressing premium, meraikan 100 Tahun Kewpie Mayonis dengan penuh istimewa, melalui kerjasama pendidikan bersama Universiti SEGi dan kolaborasi kulinari bersama restoran terkenal Fei Fei Crab.

Dilahirkan di Jepun pada 1925 hasil visi Toichiro Nakashima untuk meningkatkan pemakanan masyarakat, Kewpie Mayonis terkenal dengan tekstur berkrim dan rasa umami yang unik. Seabad kemudian, resipi dan kualiti Kewpie terus menjadi pilihan di seluruh Asia, termasuk Malaysia sejak 2009, dengan status pensijilan halal yang diyakini ramai.

Bersempena ulang tahun istimewa ini, Kewpie Malaysia memperkenalkan Peraduan Mayonis 100 Tahun Kewpie, mengajak rakyat Malaysia berkreasi di dapur menggunakan Kewpie Mayonis Gaya Jepun. Peserta hanya perlu cipta hidangan kreatif, rakam foto serta video pendek (30–45 saat) dan kongsikan di Instagram, Facebook atau TikTok dengan hashtag #KewpieIt100 serta tag @KewpieMalaysia. Hantaran juga perlu dihantar melalui DM untuk pengesahan penyertaan.

Peraduan ini berlangsung dari 31 Mei hingga 24 Ogos 2025 dengan hadiah utama berupa percutian impian ke Jepun, termasuk pelbagai hadiah eksklusif lain. Kempen ini seiring sambutan global Kewpie yang turut merangkumi lawatan trak makanan di Jepun, barangan edisi khas dan pengalaman eksklusif di muzium Mayo Terrace di Tokyo.

Di Malaysia, para peminat masakan bakal menikmati sajian istimewa melalui kerjasama eksklusif dengan Fei Fei Crab Restaurant. Hidangan fusion ini menggabungkan keaslian rasa Jepun bersama cita rasa tempatan Malaysia — membuktikan peranan Kewpie dalam mencetuskan idea masakan moden.

Menurut Encik Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia, “Kami amat berbangga meraikan 100 tahun Kewpie Mayonis bersama rakan kongsi pendidikan dan kulinari tempatan. Kewpie sentiasa percaya kuasa makanan mampu menyatukan manusia dan budaya. Inisiatif ini adalah bukti sokongan kami terhadap bakat muda, inovasi dan komuniti di Malaysia.”

Kewpie juga meneruskan komitmen mendidik dan melatih pelajar Universiti SEGi melalui projek praktikal dan aplikasi kreatif produk Kewpie, sekaligus memupuk generasi baharu cef dan inovator makanan tempatan.

Sepanjang 100 tahun perjalanan, Kewpie kekal konsisten memberi inspirasi melalui setiap titisan mayonisnya — daripada dapur rumah, restoran sehingga ke pengalaman menjelajah Jepun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kewpie.com.my dan ikuti Kewpie Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

Check Also

SUPER GT MALAYSIA FESTIVAL 2025 TAWARKAN GABUNGAN HEBAT PERLUMBAAN, HIBURAN DAN HADIAH MEWAH

SUPER GT kembali mewarnai bumi Malaysia selepas 12 tahun apabila Litar Antarabangsa Sepang Petronas bakal …

MR NUSANTARA 2025: NICHOLAS EREKOSE SIM DINOBAT JUARA SULUNG DALAM MAJLIS GILANG-GEMILANG

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 – Dalam satu malam yang memukau, penuh dengan keindahan budaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *