KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2025 – Acara berprestij Mrs Celebrity International 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur, menghimpunkan wanita berstatus isteri dari seluruh dunia yang menyerlah dalam kepimpinan, keanggunan dan pencapaian peribadi.

Pertandingan yang dianjurkan oleh International Celebrity Pageant Group di bawah pimpinan Lennard Tan ini berjaya menobatkan dua figura luar biasa dalam dua kategori utama — Mrs dan Mrs Elite.
Ananya Mongkolthai dari Thailand telah dinobatkan sebagai Mrs Celebrity International 2025, manakala wakil dari Jepun, Maki Matsuoka, memenangi gelaran Mrs Elite Celebrity International 2025. Kedua-dua wanita ini bukan sahaja memikat juri dengan kecantikan luar dan dalam, malah mempersembahkan keperibadian dan visi yang mencerminkan kepimpinan sejati dalam komuniti masing-masing.

Antara wakil lain yang turut mencuri tumpuan ialah Nykky Do (Vietnam) dan Fiona Lee (Singapura) sebagai naib juara pertama dalam kategori masing-masing, serta Kanae Ono dan Nana Hoshino, kedua-duanya dari Jepun, yang membawa pulang tempat ketiga.
Malaysia turut mencatat pencapaian membanggakan apabila Kimberly See diumumkan sebagai pemenang tempat keempat bagi kategori Mrs. Elite, mewakili negara dalam pentas antarabangsa yang berprestij ini.

Acara ini turut mendapat sokongan penuh dari Tourism Malaysia, dengan penginapan rasmi disediakan oleh Melia Hotel, menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan untuk acara antarabangsa bertaraf dunia.
Rakan kongsi rasmi acara termasuk NON Skincare (jenama rasmi), Micheal Ooi (pereka fesyen rasmi), Eventista (rakan teknologi strategik), serta Eden & Elden (pasukan solekan rasmi). Media turut disokong oleh rakan strategik seperti Delight Media, Rentak Sejuta, Hype Pageantry dan Yamcha Time.

Mrs Celebrity International bukan sekadar pertandingan kecantikan, tetapi sebuah platform global untuk meraikan wanita berpengaruh yang memberi impak positif dalam masyarakat. Penganjuran edisi 2025 ini sekali lagi mengukuhkan mesej bahawa kecantikan sejati datang bersama tanggungjawab dan inspirasi.