Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang Kini Dibuka

Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang telah mula beroperasi di lokasi baru pada 15 September 2016 yang lepas. Bersempena pembukaan lokasi baru, pihak Nasi Kandar Pelita telah mengadakan kenduri rakyat dan dianggarkan sekitar 3000 orang telah hadir untuk menyerikan dan meramaikan majlis tersebut.

Cawangan Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang merupakan cawangan yang terbesar di Malaysia setakat ini. Pada Julai 2016 yang lalu, usia Nasi Kandar Pelita sudah genap 22 tahun. Kini Nasi Kandar Pelita telah mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah di Chennai India.

20160915_141256

Untuk makluman semua, Nasi Kandar Pelita telah mendapat pengesahan status halal bagi 314 item atau bahan makanan yang dijual di semua cawangan. Pihak Nasi Kandar Pelita juga bercadang untuk menawarkan franchise kepada pihak yang berminat dan mempunyai kelayakan serta komitmen yang tinggi.

20160915_110527

Rahsia Nasi Kandar Pelita yang mana mereka mampu bertahan selama 22 tahun adalah kehalalan makanan, kebersihan premis dan pekerja serta layanan yang mesra kepada pelanggan serta cepat.

*Photo Kredit – Rentak Sejuta

 

Check Also

Majlis pelancaran rasmi pelayaran halal IslamiCruise International di Kuala Lumpur, 30 September 2025

ISLAMICRUISE LANCAR PELAYARAN HALAL JEDDAH, BANDA ACEH & PORT KLANG

KUALA LUMPUR, 30 September 2025 – IslamiCruise International (ICI) dengan bangganya melancarkan laluan baharu pelayaran …

Grand Launch BAPE Café x HWC Coffee di Suria KLCC

BAPE CAFÉ X HWC COFFEE KLCC PERKENAL SPECIALTY COFFEE PREMIUM & DRAMA DIGITAL

KUALA LUMPUR, 28 September 2025 – HWC Coffee, rangkaian kopi premium No.1 di Malaysia, melakar …

Leave a Reply