PERADUAN GORES & SENYUM PIZZA HUT BERI LEBIH BANYAK SEBAB KEPADA PELANGGAN UNTUK TERSENYUM

Sepuluh pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM35,000 setiap orang, hanya dengan menikmati hidangan beraneka di Pizza Hut, rantaian restoran pizza No.1 di negara sambil melancarkan Peraduan Gores & Senyum (Scratch & Smile Contest) bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-35.

Bukan itu sahaja, malahan setiap pelanggan yang berbelanja RM35 atau lebih di Pizza Hut akan menjadi pemenang secara automatik. Mereka boleh memenangi hadiah wang tunai, baucar ataupun produk dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM10 juta melalui peraduan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra berkata “Ulang tahun ke-35 ini menandakan satu pencapaian bersejarah untuk Pizza Hut di Malaysia. Sejak itu, kami telah menangani pelbagai cabaran, dan dengan adanya hampir 400 cawangan di seluruh negara, Peraduan Gores & Senyum ini merupakan komitmen kami untuk membawa senyuman kepada para pelanggan di Malaysia dengan pizza yang disediakan dengan segar.”

Dengan berbelanja RM35 dalam satu resit* untuk mana-mana produk Pizza Hut, pelanggan layak menerima satu kad gores. Pelanggan dikehendaki untuk menggores kad tersebut untuk mengetahui hadiah yang mereka telah menangi. Semakin banyak pelanggan berbelanja di Pizza Hut, semakin banyak kad gores yang akan mereka terima.

“Apa yang penting dalam peraduan ini ialah, kami mahu setiap pelanggan untuk mencipta memori indah dan setiap orang adalah pemenang di Pizza Hut. Ini adalah peluang terbaik bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Pizza Hut Malaysia tapi untuk berterima kasih kepada para pelanggan di Malaysia atas sokongan mereka selama 35 tahun juga,” kata Pereyra.

Peraduan Gores & Senyum bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Peraduan Gores & Senyum serta Terma dan Syaratnya, layari laman web: www.pizzahut.com.my/en/contest. Dapatkan informasi terkini tentang Pizza Hut di laman web rasmi : www.pizzahut.com.my atau laman Facebook kami di: www.facebook.com/pizzahutmalaysia/.

*Di cawangan Pizza Hut untuk menikmati hidangan di restoran / dalam talian / bawa pulang / penghantaran (tidak termasuk kedai Pizza Hut Express) 

Check Also

selebritionline portal hiburan – peserta Junior Celebrity World 2025 di Pavilion Damansara Heights

JUNIOR CELEBRITY WORLD 2025 TAMPILKAN BINTANG CILIK GLOBAL DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2025 — Junior Celebrity World 2025 – 1st Edition mencetus sensasi …

selebritionline portal hiburan Lapisan Pâtissierie Johor Bahru

LAPISAN PÂTISSERIE JOHOR BAHRU DIBUKA – DESTINASI DESSERT TERKINI DI MID VALLEY SOUTHKEY

JOHOR BAHRU, 25 JUN 2025 — Lapisan Pâtisserie terus mengembangkan legasi pastri berlapis 12 laminasinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *