PETALING JAYA, 7 OGOS 2025 – Purrever Healthy Royal Canin mencatat sejarah sebagai acara awam sulung Royal Canin Malaysia, berlangsung dari 7 hingga 10 Ogos 2025 di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Program empat hari ini menyatukan pemilik kucing dan pencinta haiwan untuk memahami kepentingan nutrisi tepat, pemilikan haiwan bertanggungjawab dan penjagaan pencegahan dari awal usia.

Acara ini menampilkan aktiviti interaktif seperti Pick Your Breed yang mempamerkan 26 baka kucing, Love Letter To Your Cat untuk luahan kasih kepada si bulus, serta Cat Discovery Centre yang mendidik pengunjung mengenai rumah mesra anak kucing, tingkah laku haiwan dan peranan pemakanan dalam imuniti. Lebih 40 ekor kucing daripada 10 baka dipamerkan oleh pembiak rasmi rakan kerjasama Royal Canin.

Menurut Teh Meng Li, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia, penganjuran ini bertujuan membuka mata masyarakat terhadap kesedaran awal dalam memilih diet pemakanan yang tepat dan persekitaran selamat untuk haiwan peliharaan. “Kami mahu setiap pemilik memahami bahawa keputusan kecil di awal hidup haiwan memberi kesan sepanjang hayat,” jelasnya.
Pengunjung menerima Mission Stamp Card untuk melengkapkan empat zon aktiviti sebelum menebus hadiah eksklusif. Terdapat juga sesi konsultasi veterinar percuma hujung minggu, selain sumbangan tambahan 10% hasil jualan produk kepada pusat perlindungan haiwan.

Acara ini bukan sekadar pameran, tetapi perjalanan ilmu berasaskan sains yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Royal Canin turut memperkenalkan saluran jualan di TikTok Shop dengan tawaran eksklusif dan penghantaran terus ke rumah.
Maklumat lanjut: Laman Rasmi Royal Canin Malaysia