SELBIZ 2025 FESTIVAL INOVASI TAWAR PROGRAM BISNES & HIBURAN

SHAH ALAM, 28 Ogos 2025 – Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ 2025) kembali dengan tema Festival Inovasi yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Edisi kali ini dikendalikan oleh KRU Studios Sdn. Bhd. sebagai pengurus acara rasmi manakala penganjur utama, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, menjangkakan penganjuran tahun ini lebih meriah dengan pengisian program berskala besar.

SELBIZ 2025 Festival Inovasi Shah Alam Convention Centre

Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 akan terus menjadi platform strategik pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, agensi kerajaan dan perusahaan mikro, kecil serta sederhana (PMKS). Beliau menekankan bahawa matlamat penganjuran bukan sekadar memfokuskan pasaran domestik, malah memberi peluang luas kepada usahawan untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui rangkaian perniagaan yang lebih kukuh.

SELBIZ 2025 Festival Inovasi Shah Alam Convention Centre

Bertemakan Festival Inovasi, pengisian kali ini lebih pelbagai dengan pelancaran zon pameran teknologi tinggi, konsert imersif selama tiga hari, pertandingan e-Sukan, program Family Fun Run serta pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan persembahan maskot animasi popular termasuk Didi & Friends, Umar & Hana, di samping pengenalan watak baharu seperti Zan Orangutan dan Kikako Kids.

SELBIZ 2025 Festival Inovasi Shah Alam Convention Centre

Antara kemuncak acara ialah Konsert Gempak SELBIZ yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air antaranya Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali dan Zarul Umbrella. Selaku Pengurus Acara, Dato’ Norman Abdul Halim berkata SELBIZ 2025 menawarkan kelainan melalui pendekatan penjenamaan baharu selain pengisian hiburan lebih segar untuk menarik pelbagai lapisan audiens.

SELBIZ 2025 Festival Inovasi Shah Alam Convention Centre

Tahun lalu, SELBIZ mencatatkan kehadiran lebih 36,000 pengunjung dengan penyertaan 200 usahawan serta hasil jualan melebihi RM3.55 juta. Berdasarkan rekod tersebut, penganjur optimis SELBIZ 2025 mampu melakar pencapaian lebih besar sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai ekspo usahawan paling berprestij di Selangor.

Check Also

Pemain PPA Tour Asia Panas Malaysia Cup 2025 beraksi di Setia Alam

KEJOHANAN PPA TOUR ASIA PANAS MALAYSIA CUP 2025 GELOMBANG BAHARU SUKAN PICKLEBALL

KUALA LUMPUR, 24 September 2025 – Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia sukan apabila PPA …

Kapal mewah Aroya Cruise IslamiCruise 2026

ISLAMICRUISE UMRAH EKSKLUSIF 2026 DI AROYA CRUISE

Kuala Lumpur, 22 September 2025 – IslamiCruise® telah mengumumkan pelancaran Family & Friends Package 2026 …

Leave a Reply