Gerhana Skacinta Rai Ulangtahun ke 20 di Singapura

Meskipun pelbagai onak dan ranjau di tempuhi api Gerhana Skacinta tidak pernah padam malah ianya semakin utuh, matang dan terus berevolusi dengan nuansa Ska, Reggae dan Rocksteady yang menjadi platform muzik mereka hingga kini.Masih kekal dengan enam anggota asal, Ahmad Fairuz Fadzil (Fairuz), Mustafal Bakri Ismail (Bakri), Muhamad Rajab Md Dali (Rajab), Tuan Muhammad Rezal Tuan Ismail (Jalut), Edy J Herwan Hamzah (Edy) serta Widy Zalilawati Hamzah (Widy), mereka turut menafikan selama ini menyepi.

GSC masih aktif memenuhi undangan gig yang di anjurkan oleh sabahat handai. Kali terakhir mereka muncul dengan produk ialah pada 2007 iaitu kolaborasi bersama Nabila Huda, Salam Musik dan Altimet melalui lagu Sayang. Mereka juga turut tampil dengan album studio penuh melalui album Maju Haikal pada 2008.Pasti ramai di kalangan peminat yang masih memiliki album penuh GSC seperti Skali Skale (2002), Boss Sounds (2002), The New Authentic (2004) dan This Is Ska (2007).

Meskipun Gerhana SkaCinta baru muncul dengan dua single baharu, Perusak Chenta dan Rindu. Namun itu hanyalah pengikat cinta di antara GSC dan peminat.Bagi meraikan ulangtahun ke 20 penubuhan GSC, Reza Global Productions iaitu salah sebuah production yang berada di Singapura bakal menganjurkan konsert  “Gerhana Skacinta 20th Anniversary Tour Live In Singapore” pada 7 Februari 2019.

“GSC memilih untuk menyambutnya di Singapura, kerana mereka lebih terbuka menerima muzik kami, memang ramai di kalangan peminat di Malaysia yang bertanya mengapa tidak meraikannya di Malaysia, itu antara faktor utamanya”, ujar Widy

“Namun seandainya ada penganjur di Malaysia yang ingin menjemput kami, besar tapak tangan , nyiru kami tadahkan.  Sudah pasti kami tidak akan melepaskan peluang tersebut”, tambahnya lagi.

Sebelum ini GSC juga pernah tampil di Singapura bagi meraikan ulangtahun ke 18  dimana konsert tersebut telah mendapat sokongan yang cukup padu di kalangan peminat setia Gerhana Skacinta di sana.  Konsert tersebut telah di adakan pada 8 September 2017 dan telah berlangsung di Esplanade Annexe Studio.

“Gsc turut membuat penambahan ahli khususnya di bahagian brass & horn bagi mengharmonikan lagi persembahan yang bakal berlangsung”, ujarnya lagi.

“Walaupun Widy sudah biasa membuat persembahan mengiringi artis artis sebagai penyanyi latar di Esplanade Concert Hall, tetapi rasa keterujaan memang tak dapat nak digambarkan sebab kali ini Widy akan berada di barisan hadapan menghiburkan peminat Gerhana Skacinta. Widy akan all out kali ini kerana tahun lepas tidak dapat turut serta kerana waktu itu Widy sedang sarat mengandung anak ke 3”, jelasnya.

Imej elegan dan ringkas pastinya tetap menjadi keutamaan dalam setiap persembahan GSC, namun pastinya ada kejutan dan beberapa gimik untuk peminat yang hadir pada malam itu.  Gerhana Skacinta bakal memeprsembahan lebih 20 buah lagu yang dipetik daripada kesemua album yang telah mereka rakamkan.Peminat GSC juga turut berpeluang untuk memiliki EP terbaru yang akan di lancarkan bersempena dengan konsert itu nanti.  EP yang masih menjadi rahsia judulnya itu bakal memuatkan 5 buah lagu.

Peminat yang ingin menyaksikan konsert itu nanti boleh mendapatkan tiket yang telah mula dijual dengan harga $28 sehingga $58.  Pembelian tiket secara online boleh dibuat dengan melungsuri https://www.sistic.com.sg/events/chana0219.

Bagi yang mahu mengikuti perkembangan grup yang senantiasa memberi persembahan bertenaga, kreatif dan menarik ini, boleh mengikuti mereka menerusi laman Instagram di @gerhana_skacinta dan Facebook @gerhana skacinta.

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *