Gig Muthu Bakal Tampilkan Kelainan

Keberanian penganjur Fookuek Events & Magic menggandingkan 15 kumpulan yang membawakan jalur muzik bawah tanah seharusnya di puji malah ianya dilihat bakal memberi impak positif terhadap industri muzik tempatan.  Apatah lagi ianya bakal direncanakan dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun.

“Gig Muthu” yang bakal di adakan pada 23 Februari ini di Blackbox @Borneo744 di Kuching Sarawak pastinya sebuah acara yang bakal meninggalkan seribu nostalgia buat peminat yang hadir.  Peminat bukan sahaja dapat menyaksikan figura mereka beraksi malah berpeluang untuk memiliki sebuah motorsikal.

Wakil penganjur, Abang Saiful Zahrin berkata, Gig Muthu bakal menghimpunkan 12 buah band daripada Malaysia dan 3 buah daripada Indonesia, Singapura dan New Zealand. Meskipun tanpa bantuan daripada penaja, beliau tetap yakin terhadap sambutan yang bakal di terima sewaktu hari konsert itu nanti.

“Oleh kerana minat yang begitu mendalam terhadap muzik, saya tidak kisah untuk mengeluarkan dana daripada poket sendiri demi merialisasikan impian untuk menganjurkan sebuah acara yang saya rasakan cukup besar berbanding beberapa gig yang pernah saya anjurkan sebelum ini”.

“Meskipun pelbagai genre bakal di satukan dalam satu persembahan, saya cukup yakin dengan displin yang ditunjukkan oleh para peminat apatah lagi rata-rata peminat cukup teruja dengan band-band yang bakal beraksi nanti”.

“Jika sebelum ini peminat hanya di sajikan dengan persembahan kumpulan sahaja, tetapi kali ini ianya berlainan kerana pengunjung bakal menyaksikan persembahan Seni Mempertahankan Diri, gerai-gerai jualan, perlumbaan kereta Hotwheels dan sebagainya”.

“Inilah kelainan yang cuba saya lakukan untuk menarik minat pengunjung selain menghadiahkan sebuah motorsikal kustom kepada peminat bertuah”, ujarnya.

“Mungkin ramai di kalangan peminat metal cukup kenal dengan band Rob Blitz, malah ramai yang mengenali anggotanya.  Shahrel merupakan vokalis band ini, beliaulah yang telah bertanggungjawab untuk kustom kan motor yang bakal dimiliki oleh pengunjung bertuah”.

“Shahrel juga cukup terkenal di kalangan peminat motor kustom umumnya apatah lagi hasil kerja Penjahat Kustomoto sentiasa menjadi perhatian”.

Saiful mengakui sambutan peminat yang hadir akan menjadi pengukur buatnya untuk terus menganjurkan gig sebegini di masa hadapan.

“Idea untuk menganjurkan Gig Muthu ini lahir setelah saya melihat jumlah pengunjung gig sudah semakin berkurang dan kami ingin mencuba kaedah ini sebagai penyelesaian masalah ini”.

“Saya terpaksa mengeluarkan duit simpanan saya sendiri untuk membeli motorsikal sebagai salah satu usaha untuk memikat peminat supaya hadir ke gig nanti”.

“Tanpa bantuan Magic selaku penaja lokasi, mungkin gig ini tidak dapat di adakan.  Saya cukup berbesar hati di atas kesudian mereka memberi ruang dan peluang demi menjayakan gig ini nanti”.

Saiful turut berterima kasih kepada Winston Chang daripada MyAcademy yang turut berkongsi idea untuk mewarnai acara Gig Muthu.

Gig Muthu yang akan bermula pada jam 1 tengahari akan menampilkan kumpulan Restart, Rob Blitz, Saturday Heroes, The Rude Boys, Drasska, Bronco Buster, Mentally Murdered, Kurasakuasa, The Ratzo, Skits, Counter Back dan Trigga Figgaz, Mair (Indonesia), Tariot (Singapura) serta Xile (New Zealand.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 yang sudah mula di jual.  Sebarang pertanyaan sila hubungi 01131873008.

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *