Lazada Malaysia, gedung beli-belah dalam talian yang utama di negara ini bakal menceriakan lagi sambutan hari Raya tahun ini apabila mengumumkan peraduan “Giveaway Extravaganza” sebagai tanda penghargaan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang memberi sokongan atas kejayaan tahun pertama yang hebat di pasaran Malaysia.
Lazada Malaysia yang menyambut ulang tahun pertamanya pada bulan April lalu telah mencapai kejayaan yang besar dengan meluaskan pangkalan pelanggannya sebanyak 20 peratus bulan ke bulan.
Igor Pezzilli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami sedar bahawa Lazada Malaysia tidak akan berada di sini sebagai jenama yang berjaya jika tidak kerana sokongan yang berterusan daripada para pelanggan yang kini semakin mempercayai kami. Oleh itu, sempena Ulang Tahun Pertama, kami telah menganjurkan peraduan “Giveaway Extravaganza”, sebagai satu inisiatif untuk menghargai para pelanggan di Malaysia yang telah bersama kami sehingga kini. Inilah cara kami mengucapkan ‘terima kasih’ atas segala sokongan yang telah diberikan melalui pendekatan yang menyeronokkan.
Peraduan ini yang bermula dari 20 Mei hingga 20 Jun 2013 bakal menghadiahkan para peserta bertuah dengan barangan bernilai lebih RM120,000, termasuk hadiah utama sebuah kereta Mazda2 hatchback.
Peraduan yang tidak memerlukan borang penyertaan ini mensyaratkan para peserta yang berminat untuk mendaftar dengan surat berita Lazada di laman web mereka untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah harian baucar beli-belah Lazada yang bernilai sehingga RM300. Mereka yang berbelanja dari jumlah minimum RM25 berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai sehingga RM2,799, manakala peserta yang berbelanja RM50 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah utama. Selain itu, pemegang BCard turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain apabila menggunakan kad tersebut semasa tempoh peraduan.
Bagi menyambut musim perayaan tidak lama lagi, Lazada Malaysia akan menambah ganjaran untuk pelanggannya melalui kempen “Syoknya Raya Bersama Lazada” yang menawarkan pelbagai produk bermutu untuk mereka yang menyambut Hari Raya. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah barangan bilik tidur dan peralatan dapur, buku agama dan buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik.
“Ramadan adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan saat-saat ini perlu dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan dan bukannya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau bersesak-sesak membuat pembelian di pusat membeli belah. Dengan Lazada, pelanggan boleh melaksanakan semua urusan membeli belah mereka melalui dalam talian tanpa masalah. Rangkaian produk Raya kami yang eksklusif akan mula dijual pada 1 Jun 2013 bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat tanpa perlu risau untuk menikmati kemeriahan Hari Raya nanti,” tambah Pezzeli lagi.
Dalam masa hanya setahun, Lazada telah berjaya melaksanakan beberapa kempen seperti kerjasama dengan MasterCard, di mana para pelanggan menerima ganjaran setiap hari Isnin selama enam bulan apabila mereka membeli belah di Lazada menggunakan kad kredit Mastercard mereka. Berikutan kejayaan kempen ini, Lazada dan Visa akan melaksanakan program yang sama mulai 1 Jun 2013, di mana para pelanggan akan dapat menikmati diskaun setiap hari dalam seminggu apabila mereka membeli produk di Lazada Malaysia menggunakan Visa.
Lazada Malaysia turut menjadi peneroka dalam e-dagang dan telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam talian yang berjaya seperti kempen 12/12/12 Awesome Deals Day! Bersama-sama dengan syarikat sekutu Zalora dan foodpanda, kempen yang berlangsung pada tahun lepas menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 12 peratus untuk pelbagai pilihan produk selama satu hari di mana 12 orang pelanggan bertuah berpeluang memenangi sebuah Apple iPod Shuffle. Kempen akan datang akan turut menyediakan tawaran eksklusif melalui Facebook dengan peraduan diadakan setiap minggu.
“Di Lazada Malaysia, kami percaya bahawa komunikasi dengan pelanggan adalah penting kerana ini memberikan kami peluang untuk mengukuhkan perhubungan, menonjolkan produk baharu untuk faedah pelanggan serta meluaskan lagi jenama kami. Dengan menjadi sebahagian daripada komuniti Facebook kami dan mendaftar untuk surat berita . Lazada, para pelanggan dapat menikmati gaya hidup serba baharu dengan Lazada!” Pezzeli menjelaskan.
Kejayaan Lazada adalah hasil daripada keupayaan mereka menyediakan perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini. Perkhidmatan ini termasuklah penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dasar pemulangan dan pertukaran dalam masa 14 hari serta jaminan harga terendah, dan pada masa yang sama mengekalkan jaminan penuh pembuat untuk semua produk mereka. Perkhidmatan bayar waktu terima turut disediakan di Lembah Klang dan sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia. Para pelanggan boleh menyemak sama ada mereka layak dengan memasukkan poskod mereka semasa mendaftar keluar.
Bermula dengan hanya enam kategori, Lazada kini telah menggandakan bilangan kategori untuk menyediakan rangkaian produk yang luas dan menjadikan pengalaman membeli belah lebih mudah di Malaysia. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah tablet, kamera, barangan rumah, produk kesihatan & kecantikan, barangan sukan, buku dan barangan bayi dan kini barangan fesyen.
“Kami merasa berbesar hati dengan sambutan yang diterima dalam masa beberapa bulan sahaja. Ini membuktikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih membeli belah melalui dalam talian untuk kemudahan mereka. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman membeli belah yang terkini, selamat dan menyeronokkan, dan kami komited untuk memastikan pelanggan sentiasa merasai pengalaman ini setiap kali mereka membeli belah bersama Lazada,” Pezzeli menambah.
Maklumat lanjut tentang peraduan “Giveaway Extravaganza” dan Lazada Malaysia boleh didapati di http://www.lazada.com.my, atau ikuti laman Facebook kami, https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.