Louder Than Life 2017

Halestorm Live In Malaysia Disember Ini

Nama Halestorm mungkin agak ‘hijau’ di kalangan peminat muzik di Malaysia namun ianya bukanlah sesuatu yang agak luar biasa untuk menidakkan kehebatan band yang telah di tubuhkan sekitar tahun 1998 di Red Lion, Pennsylvania ini.

Halestorm yang berpaksikan nuansa rock ini sebenarnya telah cukup dewasa, malah pengalaman mereka berkongsi pentas dengan beberapa jenama antarabangsa seperti Eric Church, Joan Jett, Avenged Sevenfold, Alice Cooper, Rob Zombie, ZZ Top dan Evanescence seharusnya menjadi penanda aras untuk peminat menilai kewibawaan mereka.

Halestorm yang dibarisi oleh Izzy Hale selaku vokalis dan gitaris, Arejay selaku pemain drum, Joe Hottinger selaku gitaris dan Josh Smith selaku bassis telah mengadakan persembahan lebih 2500 kali dan pernah beraksi di konsert yang besar seperti Taste of Chaos, Download Festival, Rock Am Ring Festival dan Rockstar Energy Drink Uproar Festival.

Mereka juga turut tersenarai  di anugerah Grammy tahun ini dalam kategori “Best Rock Performance” untuk lagu  Uncomfortable, di mana sebelum ini mereka telah di memenangi anugerah Grammy pada tahun 2013 bagi kategori  “Best Hard Rock/Metal Performance.”

“Halestorm Live In Malaysia” akan di adakan di PGRM Star Convention Centre, Kuala Lumpur  pada 14 Disember 2019. Konsert anjuran Arrakasta MO Entertainment akan bermula pada jam 9 malam.  Ini adalah merupakan konsert sulung Halestorm di Malaysia.  Ianya adalah sebahagian daripada siri jelajahnya bersempena kelahiran album “Vicious” yang telah menemui peminat pada tahun 2018.

Sehingga kini Halestorm telah menghasilkan 4 buah album studio antaranya adalah Halestorm (2009), The Strange Case Of (2012), Into The Wild Life (2015) dan Vicious (2018).

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan mereka boleh mendapatkan tiket yang telah mula di jual di proticket.com.my.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-78807999.

 

 

 

 

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *