Hampir 10,000 Pengunjung Meriahkan Suasana Bazar Amal Di Sungai Petani

Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 dan TV9 telahpun berakhir minggu lalu. Dua lokasi dipilih untuk memeriahkan suasana bulan Ramadan pada tahun ini iaitu di Johor Bahru, Johor dan Sungai Petani, Kedah. Lokasi terkahir ini iaitu di Sungai Petani, telah menerima kunjungan hampir 10,000 pengunjung pada 27 Julai lalu yang bertempat di perkarangan Tempat Letak Kereta Aman Jaya Shopping Mall.

Bazar amal yang diadakan pada 27 Julai lalu telah endapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat  tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Lebih menarik, pengunjung bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar Sungai Petani, malahan daripada Alor Setar dan tidak kurang juga Arau, Perlis.

Selebriti gotong royong

Penganjuran program amal ini adalah antara aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua stesen TV di bawah naungan Media Prima Berhad. Ianya adalah bertujuan untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama bertemu dengan penonton setia kami yang sentiasa memberi sokongan. Setiap sumbangan yang dibelanjakan oleh pengunjung akan disalurkan terus kepada Rumah Anak-anak Yatim Che Bema, Sungai Petani, Kedah.

Perkarangan bazar mula sesak sebaik sahaja selebriti TV3 dan TV9 muncul di lokasi. Antara barisan selebriti yang hadir menceriakan suasana Bazar Seindah Ramadan ini ialah Nora Danish, Aiman Hakim Ridza, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Bell Ngasri, Black (Mentor), Elfira Loy, Ezany Nizariff, Fahmie & Ainol (Manifesto), Harris & Deera (Idola Kecil 3), Nabihah Rosdi (Wanita Hari Ini), Niena Baharun, Rena Kassim (Wanita Hari Ini), Shakila Khoriri, Sasha Saidin, Zamarul Hisham, Zoey Rahman dan juga maskot Upin & Ipin.

Kesemua artis dan personaliti TV3 & TV9 telah memainkan peranan penting di bazar tersebut, di mana mereka perlu menjual juadah berbuka kepada orang ramai. 10 gerai disediakan mengikut nama bagi program-program Hari Raya yang bakal disiarkan di TV3 dan TV9. Untuk menambahkan lagi keseronokan, peraduan diadakan antara barisan artis dan selebriti ini. Gerai yang menjual paling laris akan diiktirafkan sebagai pemenang. Secara tidak langsung memberi semangat kepada barisan selebriti menjual juadaah yang terdapat di gerai mereka. Pada masa ini jugalah pengunjung bazar berpeluang melihat secara dekat gelagat mereka menjual juadah dan bergambar bersama selebriti kesayangan mereka.

Selain menjual di bazar tersebut, barisan artis dan personaliti jemputan juga turut bergotong-royong untuk memasak bubur kanji, kambing golek, gulai kawah dan laksa beras pada jam 2.00 petang.

Seperti di Johor Bahru, pertandingan jualan bazar amal di antara gerai-gerai TV3 dan TV9 adalah aktiviti utama di ‘Bazar Seindah Ramadan’. Sebanyak 10 gerai yang akan dikendalikan sendiri oleh personaliti dan artis, di mana setiap gerai diberi nama sempena program istimewa bulan Ramadan. Juadah dan menu menarik seperti Briyani Gam, Ayam Percik, Kambing Golek menanti pengunjung-pengunjung yang hadir.

Pemenang akan ditentukan melalui kategori gerai siapa yang berjaya mengutip hasil jualan tertinggi dan gerai siapa yang terpantas menghabiskan jualan. Kesemua jumlah hasil jualan akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan terpilih di Sungai Petani, Kedah.

Maklumat gerai, menu, personaliti dan artis seperti di bawah:

TV3

No.

Nama Gerai Menu

Personaliti / Artis

1.

Rumah Kedai Roti John Aiman Hakim Ridza

Nora Danish

2.

Ramadan Yang Hilang Nasi Briyani Zamarul Hisham

Amar Asyraf

3.

Zikir Hati Air Soya & Air Nira Rena Kassim (WHI)

Nabihah Rosdi (WHI)

4.

Demi Dia Kuih-Muih Tradisional Zoey Rahman

Elfira Loy

Niena Baharun

5.

OMG Ayam Percik Black (Mentor)

Shakilla Khoriri

 

TV9

No.

Nama Gerai Menu

Personaliti / Artis

1.

Versus Kambing Golek Fahmi (Manifesto Band)

Ainol (Manifesto Band)

2.

Rockestra Murtabak Bell Ngasri

3.

Skrin Raya Nasi Lemak Ayam Berempah Ezany Nizariff

Azlee Khairi

4.

Kidnap Kebab Sasha Saidin

5.

Bananana Air Tebu

Air Kelapa

Deera & Harris Alif Idola Kecil

Maskot Upin

Maskot Ipin

Selesai penyerahan sumbangan tersebut, para artis, personaliti dan wargakerja Media Prima Berhad akan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Che Bena, Sungai Petani, Kedah. Aktiviti seterusnya ialah solat Maghrib, solat Isya’ dan terawih berjemaah di kawasan yang telah disediakan.

Sumbangan diserahkan kepada Rumah Anak Yati Che Bema Sg Petani

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin, “Saya berasa amat bersyukur kerana aktiviti amal seperti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat di sini. Semasa di Johor Bahru, kami menerima lebih lima ribu pengunjung dan di Sungai Petani ini juga tidak mengecewakan. Alhamdulillah, bazar amal kita di Johor Bahru mendapat sambutan hangat dan kemeriahannya dirasai bersama-sama anak-anak yatim, selebriti dan warga kota. Tidak dinafikan, penjualan bazar yang melibatkan artis dan selebriti terkenal tanah air merealisasikan niat murni kami dalam memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Di Sungai Petani ini, kami telah menyalurkan semua sumbangan daripada penjualan di bazar ini kepada Rumah Anak-anak Yatim Che Bema, Sungai Petani. Sambutan juga amat memberansangkan sehingga meraih hampir 10,000 pengunjung..”

 

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *